Sunday, December 7, 2008

Salam Aidiladha...



Eid Mubarak untuk semua sahabat-sahabat yang sangat disayangi dan di rindui...

semoga kita sama-sama dapat menghayati maksud disebalik peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail di hari raya ini...

Maksud sebenar erti sebuah pengorbanan.....

Thursday, November 20, 2008

Demi Sebuah Cinta.

Akan ku pilih,

Berjauhan dengan mereka tersayang,

Demi sebuah cinta.


Akan ku pilih,

Meninggalkan kemewahan dunia,

Demi sebuah cinta.


Akan ku pilih,

Jalan hidup yang berliku,

Demi sebuah cinta.


Akan ku pilih,

Sesuatu apa pun..

Demi mengundang cinta,

Demi menimbulkan cinta,

Demi mencari cinta,

Demi merasakan nikmat cinta.

Atas nama sebuah cinta…


Demi sebuah cinta,

Inginku melihat..

Wajah-Mu nan Indah,

Dengan penuh cinta,

Di syurga yang kekal abadi,

Dipenuhi dengan cinta,

Antara Si Pencipta dengan si pen’cinta’…


Semua atas dasar cinta… cinta… cinta…

Sunday, October 19, 2008

Jodoh dan Takdir.

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (An-Nur, 24:26).

Memilih pasangan hidup bukannya mudah, tapi dengan adanya keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah, akan membuatkan semua orang bisa tenang dan tenteram.
Ayat al-Quran di atas adalah janji Allah SWT, dan janji Allah itu pasti.

Jodoh pertemuan samalah seperti ajal maut dan rezeki, kesemuanya adalah ketentuan atau takdir Allah SWT di mana manusia tidak berhak untuk memilih dan mengubahnya. Manusia tidak boleh memilih siapa ayah dan ibunya dan bila ia mahu dilahirkan, ini juga termasuk dalam jodoh. Manusia juga tidak boleh memilih untuk dilahirkan dalam keluarga yang kaya kerana rezeki itu takdir Allah. Begitu juga dengan ajal maut seperti dalam firman Allah yang bermaksud:
“Di manapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada dibenteng yang tinggi dan kukuh” (An-Nisa’ 4:78)
“… Katakanlah (Muhammad), niscaya orang-orang yang telah ditetapkan untuk mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh.” (Al-Imran 3:154)

Semua ini adalah ilmu Allah dan diluar pengetahuan manusia. Oleh itu manusia harus berusaha, bekerja dan bertawakal kepada Allah. Manusia mesti berusaha mencari rezeki, mesti berusaha menjaga kesihatan dan nyawa, begitu juga dengan jodoh, sudah ada di dalam ilmu Allah, tapi manusia mesti berusaha dan berikhtiar mendapatkannya sesuai dengan ketentuan-Nya.

Dalam pemilihan teman hidup, mungkin hampir semua akhwat meinginkan zauj mumtaz: Bakal murobbi, beriman, bertaqwa, mampu menerima tanggungjawab dakwah terhadap keluarga dan ummah, tempat berkongsi masalah dakwah dan peribadi, mantap dakwahnya, teguh pendirian, tajam fikiran, penyayang, setia dan banyak lagi ciri-ciri kesempurnaan. Tidak salah mengharap dan bercita-cita kerana ketenangan dan kebahagiaan rumah tangga hanya akan dapat dicapai jika ada pemimpin keluarga yang baik.

Mungkin begitu juga dengan ikhwah, mereka pun meinginkan bakal zaujah muntijah: Seorang murobbiyah yang akan menyokong suami dan mampu mendidik anak-anak kelak, tempat berkongsi masalah dakwah dan peribadi, mantap dakwah, teguh pendirian, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran, di rumah dia isteri di jalanan kawan, apabila suami buntu dia penunjuk jalan, dia umpama tongkat sibuta bila tiada satu kehilangan, dia ibarat simpanan ilmu semoga kekal untuk diwariskan.. Wah, kesimpulannya seperti lirik lagu ‘isteri solehah’.

Semua akhwat ingin jadi zaujah muntijah, semuanya.., tapi secara jujur diri ini tetap merasa gerun bila adanya ikhwah yang mengharapkan segala ciri kesempurnaan itu, mungkin akhwat lain juga akan merasa gerun.

Kemungkinan begitu jugalah ikhwah, mereka juga akan merasa gerun bila mendengar segala ciri kesempurnaan yang dilafazkan oleh akhwat, walaupun mereka juga bercita-cita ingin menjadi zauj mumtaz. Maka, nanti semua ikhwah dan akhwat akan terfikir “Layakkah aku? Dengan diri aku sekarang?”, “Kalau mcm nilah harapan, nampak gayanya aku tak layak nikah ni”.

Teringat satu peristiwa dahulu, ketika di dalam perjalanan menaiki kereta. Seorang akhwat ni tak henti-henti bercakap. Memang akhwat ni jenis yang tak reti duduk diam, mesti nak cakap jugak.. ada je tajuk yang nak diperkatakan. Oleh kerana akhwat sorang ni tak habis-habis bercakap, seorang lagi akhwat lain yang berada dalam kereta yang sama, mula berkata dengan nada bergurau “Anti ni, tak berhenti-henti bercakap dari tadi, tak penat ke?.. mesti nanti anti dapat zauj yang pendiam kan” (lebih kurang macam nilah ayat dia). “isshhh mesti. Kalau tak, riuh rendahla rumah nanti” kata akhwat yang lain lg.

Ya, ramai yang tahu mungkin sahaja berlakunya perbezaan sikap diantara suami isteri nanti. Hampir pasti adanya sikap kontra, dan mungkin sikap kontra antara suami isteri inilah yang akan menjadi pelengkap antara satu sama lain. Jika si isteri sikapnya agak emosi, manakala si suami sikapnya agak rasional, maka si suami adalah pelengkap kepada kelemahan si isteri, kemudian si isteri akan belajar untuk bersikap lebih rasional hasil daripada didikan suaminya. Jika si suami bersikap agak egois dan sukar menerima pendapat, manakala si isteri pula bersikap lembut dan bertolak ansur, maka si isterilah yang akan menjadi pelengkap kepada kelemahan suaminya, dan nanti suaminya akan belajar untuk lebih bertolak ansur hasil daripada didikan isterinya. Jika si isteri seorang yang suka bercakap, manakala si suami seorang yang pendiam, maka masing-masing adalah pelengkap di atas kelemahan diri masing-masing. Ada bagusnya, kalau tak, riuh rendahlah rumah nanti (seperti kes diatas), walaupun mungkin agak sukar untuk ‘ngam’.

“…Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (An-Nisa,4:19)

Ada akhwat yang dah bernikah dan ada juga yang belum bernikah memberi nasihat, bahawa perkara yang paling utama antara suami isteri ialah komunikasi. Tidak wujudnya kebahagian dan kegembiraan yang kekal sehingga ke usia tua antara suami isteri kerana gagalnya mereka berkomunikasi, terutamanya dalam menguruskan perbezaan sikap antara mereka.

Ana ingat lagi satu nasihat yang diberikan oleh seorang akhwat yang sudah bernikah apabila ana meminta dia berkongsi sesuatu tentang kehidupan setelah berumahtangga. Akhwat itu memberi nasihat, katanya, “kita harus lebih banyak memberi daripada mengharap dan meminta, kerana boleh jadi diri kita tidak seperti yang ikhwah itu harapkan. Mungkin ikhwah itu mengharapkan bakal zaujah yang manja tapi mungkin akhwat itu bukan seorang yang manja malah tegas. Sama jugalah mungkin akhwat itu mengharapkan bakal zauj yang romantic, tapi ikhwah itu bukan seorang yang romantic seperti yang diharapkan”. Nasihatnya agak simple, tapi membawa maksud yang sangat dalam. Walaupun sudah seringkali di baca di dalam buku, tapi maksudnya akan lebih nyata terasa bila akhwat sendiri, rakan seperjuangan yang menyampaikannya. Satu pengajaran untuk kita, kerana boleh jadi dari segi gerak kerja dakwah pasangan kita memang hebat, tapi dari segi sikap dalaman tidak seperti yang kita harapkan (cthnya, tidak manja, tidak romantic, tidak lembut dll bergantung kpd kehendak individu) atau sebaliknya.

Namun, setiap orang harus berusaha dan berikhtiar untuk medapatkan pasangan hidupnya sesuai dengan ketentuan Allah SWT. Setiap orang boleh memilih siapa yang ingin dinikahinya, tapi keputusan muktamad tetap ditangan Allah SWT, sesuatu yang sudah tercatat di Lauh Mahfuz. Usaha tetap perlu, samada menyerahkan sepenuhnya pemilihan jodoh kepada orang tengah yang terpecaya atau ibubapa, ataupun memilih sendiri pasangan. Jika dia sudah menjumpai seseorang yang dirasakannya adalah yang terbaik untuk dirinya dalam mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat, maka teruslah melamar. Walaupun dia seorang wanita, kerana bukankah Khadijah r.a, yang pertama-tama sekali melamar Rasulullah SAW? Ini adalah satu usaha yang dibenarkan oleh Allah SWT, menunjukkan kita boleh memilih apa yang dirasakan terbaik untuk diri kita, tetapi tetap beriman dengan qada dan qadar-Nya.

Persediaan ke alam pernikahan itu sangat perlu. Jika kita mengharapkan segala ciri-ciri kesempurnaan terhadap bakal pasangan kita nanti, maka sesungguhnya tiada manusia yang sempurna. Kita refleksi diri kita semula, jika kita mengharapkan kesempurnaan, adakah diri kita sudah cukup sempurna? Oleh itu, kitalah (ikhwah ataupun akhwat) yang harus dahulu bersedia, bukannya hanya mengharapkan bakal pasangan (yang mungkin masih belum diketahui siapa) yang bersiap sedia cukup lengkap dengan segala ciri kesempurnaan agar kelak boleh mendidik dan menyokong kita. Sepatutnya, kita yang berusaha dahulu supaya menghampiri kesempurnaan, apabila sudah cukup bersedia, bila sudah tiba waktunya untuk bernikah, maka ketika itulah nanti kita mengharapkan agar pasangan kita itu akan menjadi pelengkap kepada diri kita, kita menjadi pelengkap kepada dirinya, saling menampung segala kekurangan, kelemahan dan bebanan. Kita harus sedar dirinya tidak mungkin akan sempurna, diri kita juga tidak mungkin akan sempurna, kerana bila cincin sudah disarung ke jari nanti, maka kita mahupun si dia, masing-masing akan memulakan satu titik baru dalam proses pembelajaran.

Semua yang diatas adalah pendapat/fikrah semata-mata…. Pengalaman? jauh sekali.... Amboi… bestnya berkata macam dah pakar je.. huh, pakar? Pun jauh sekali.. maaflah ye.. hehe (“,) just pendapat semata-mata, teori tidak sama dengan praktikal, dan praktikal tidak semudah teori.. tapi tanpa teori mana mungkin akan dapat melahirkan praktikal.. huh, apa yang ditulis adalah peringatan untuk diri sendiri terutamanya.. Wallahualam..
"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" (As-Saff, 61: 2-3)

Wednesday, October 15, 2008

The Power of Words

Copy from someone mail sending to me..

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet.
He held up a sign which said: 'I am blind, please help.'
There were only a few coins in the hat.
A man was walking by.
He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat.
He then took the sign, turned it around, and wrote some words.
He put the sign back
so that everyone who walked by would see the new words.
Soon the hat began to fill up.
A lot more people were giving money to the blind boy.
That afternoon the man who had changed the sign
came to see how things were.
The boy recognized his footsteps and asked,
'Were you the one who changed
my sign this morning?
What did you write?'

The man said, 'I only wrote the truth.
I said what you said but in a different way.'
What he had written was: 'Today is a beautiful day and I cannot see it.'
Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing?

Of course both signs told people the boy was blind.
But the first sign simply said the boy was blind.
The second sign told people they were so lucky
that they were not blind.
Should we be surprised that the second sign was more effective?
Moral of the Story: Be thankful for what you have. Be creative.
Be innovative. Think differently and positively.
Invite others towards good with wisdom.
Live life with no excuse and love with no regrets.
When life gives you a 100 reasons to cry,
show life that you have 1000 reasons to smile.
Face your past without regret.
Handle your present with confidence.
Prepare for the future without fear.
Keep the faith and drop the fear
Great men say, 'Life has to be an incessant process of repair and
reconstruction, of discarding evil and developing goodness....
In the journey of life, if you want to travel without fear,
you must have the ticket of a good
conscience.'
The most beautiful thing is to see a person smiling...
And even more beautiful is, knowing that you
are the reason behind it!!!

Friday, October 10, 2008

Berfikiran terbuka..

TAZKIRAH: PASTIKAN DI LORONG YANG BETUL.

http://drmaza.com/home/?p=432

“Adalah tidak mustahil nasib politik pro-Islam akan dipersia-siakan apabila pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka. Sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.

Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.
Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.

Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.

Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.

Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.

Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.
Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.

Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.

Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:

(maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75).

………………………………………………………………………………………………

AL-KISAH

Kisahnya bermula apabila.. jeng..jeng.. jeng.. ;) Ketika pilihanraya kampus, semua calon yang bertanding tengah sibuk berkempen. Beberapa orang geng pula tengah pening kepala tak tahu nak mengundi siapa, adakah mereka patut mengundi atau tidak perlu mengundi kerana geng-geng ini adalah mereka yang berada ditengah-tengah. Lama Maimunah berfikir, akhirnya dia berpendapat bahawa keputusan mengundi adalah lebih baik

“Rasanya pilihanraya kali ini kita perlu mengundi ke?” tanya Maimunah kepada Zainab. Sengaja Maimunah bertanya kepada Zainab untuk mengetahui apa jawapan yang bakal Zainab berikan. “perlu kot, sebab sebelum ini kita dikatakan HT sebab kita tak mengundi” jawab Zainab. Maimunah mengangguk-angguk kepala, kemudian berkata “Betul, ana pun memang terfikir yang kita patut mengundi”.Maimunah selaku ketua masyuarah merasakan dia perlu membuat satu keputusan.

Dipendekkan cerita, satu arahan telah diberikan agar semua ahli geng mengetahui siapa calon pilihanraya kampus dan juga calon bagi setiap school/fakulti, agar pemilihan yang bijak dapat dilakukan. Sesudah itu, semua ahli geng berkumpul, tapi geng-geng tersebut berkumpul atas sebab yang lain, dan kesempatan itu digunakan oleh Maimunah untuk menyampaikan sesuatu tentang pilihanraya kampus. Sebelum semua ahli geng tersebut berkumpul, Jijah memanggil Maimunah. “Saya rasa kita patut mewajibkan semua geng untuk mengundi sebab ini adalah tanggungjawab kita, saya dah survey semua calon-calon pilihanraya univ dan calon bagi setiap school” kata Jijah. “Betul tu, saya pun memang nak buat macam tu, buat apa kita asyik komplain itu tak boleh, ini tak boleh dan menyalahkan kepimpinan sedangkan kita sendiri tidak memilih pemimpin yang betul” Balas Maimunah. Jijah dan Maimunah pun terus berbincang, dan mereka berdua merasakan perlu untuk memilih calon yang berkeinginan untuk menegakkan ajaran islam di kampus. Maimunah bertambah yakin dengan keputusannya kerana Zainab dan Jijah, yang kedua-duanya adalah ahli masyuarah juga berfikiran yang sama dengannya.

Apabila semua geng-geng telah berkumpul, Maimunah pun memulakan bicara. Menyampaikan semua amanat-amanat yang diberikan, setelah selesai, barulah Maimunah mengambil kesempatan untuk menyampaikan sesuatu tentang piliharaya. “Kita semua kene mengundi… bla..bla..bla.. pilihlah calon yang yang mempunyai fikrah yang baik dan berkeinginan menegakkan islam… bla..bla..bla.. (memberi nasihat dan menyatakan sebab-sebab kenapa perlu mengundi dan siapa yang perlu diundi)…” Perbincangan berlaku antara semua geng..

“Macam mana kalau takde calon kat school dari kelompok mereka yang ingin menegakkan islam?” Tanya salah seorang ahli geng. “Calon yang bertanding untuk jd pemimpin univ dari kelompok islam cuma ada 5 orang shj, sedangkan syarat mengundi perlu menanda 6 orang, seorang lagi siapa harus kita pilih?” Tanya ahli geng yang lain. Berlakulah lagi perbincangan, kalau menanda 5 orang sahaja undi akan jadi rosak dan tak diterima, sia-sia jelah mengundi.

“yang seorang lagi tu kita pilihlah dari calon inspirasi yang mempunyai fikrah islam yang lebih baik” Jijah memberi pendapat. “Ya, tak semua ahli inspirasi tu jahat, kita pilihlah yang terbaik.. bla..bla..bla” Maimunah setuju dengan Jijah. “Macam mana kita nak tahu dia tu ada fikrah islam” Tanya seorang lagi ahli yang masih dalam penasaran. Kemudian seorang geng pulak tampil memberi pendapat “Ni bagi pendapat sayalah, memang susah kita nak tahu yang mana satu calon inspirai yang mempunyai fikrah yang beh baik, jadi apa kata calon yang 5 orang dari kelompok islam itu kita conform undi, dan seorang lagi yang tinggal tu, kita jangan state kan siapa, terpulang pada kita siapa calon inspirasi yang kita nak pilih sebab nanti kalau kita dah tetapkan siapa calon inspirasi tu, takut nanti dia akan menang, kita ramai ditambah lagi dengan students yang memilih calon yang sama nanti keberangkalian untuk dia menang lebih tinggi. Yang penting calon 5 orang ni kita patut undi sama-sama, kita ramai mungkin kita dapat tolong mereka.”

Perbincangan diteruskan lagi dan lagi, berlaku juga perselisihan pendapat dan ketidaksepakatan terutamanya dikalangan ahli masyuarah. Setelah beberapa lama, semua setuju untuk mengundi. Cuma seperti biasa, ada juga yang bertanya “Kalau tak mengundi macam mana? Kene denda ke?”

Setelah selesai mengundi, pada suatu hari, tiba-tiba Maimunah dan ahli masyuarah yang lain dipanggil oleh pendidik mereka yang mereka sangat sayangi dan sangat hormati. Rupanya pendidik mereka sudah diberitahu oleh salah seorang geng tentang perbincangan pilihanraya yang berlaku sebelum itu. Teguran diberikan oleh pendidik mereka atas perbincangan pilihan raya yang berlaku itu. Pendidik mereka mengatakan yang mengundi tidak sepatutnya diwajibkan, terpulang samada hendak mengundi atau tidak. Tentang pemilihan seorang calon inspirasi kerana calon dari kelompok islam sudah tiada, pendidiknya mengatakan bahawa satu kesilapan apabila mereka (ahli masyuarah) berfikiran untuk memilih calon inspirasi yang mempunyai fikrah islam yang lebih baik kerana pendidik mereka berpendapat, jika seseorang itu berada dalam kelompok Tagut, maka orang itu pasti akan terikut dengan kelompok Tagutnya dan tidak mungkin akan dapat menegakkan Islam. Pendidik mereka memberitahu yang adanya usaha agar geng sendiri bertanding dalam pilihanraya kampus. Jika ada geng sendiri yang bertanding, ketika itulah semua mengundi agar calon daripada geng sendiri boleh menang.

Pendidiknya juga menyatakan kepelikannya kenapa ‘geng perempuan’ begitu beria-ia sangat untuk mengundi sedangkan ‘geng lelaki’ tak kecoh langsung pun tentang perkara ni. Kemudian, pendidik mereka juga menegur kerana berlakunya ketidaksepakatan diantara ahli masyuarah dalam perbincangan pilihanraya yang telah berlalu, kerana sepatutnya ahli masyuarah lah yang dahulu sepakat kerana semua geng yang lain pasti akan melihat dan menilai sejauh mana ahli masyuarah ini mampu membuat keputusan untuk sesuatu perkara yang lebih besar nanti. Pendidik mereka menegur dengan lembut, tidak sama sekali meninggikan suara dan tidak sama sekali menyalahkan sesiapa, inilah salah satu perkara yang menyebabkan mereka begitu hormat kepadanya.

Walaubagaimanapun, Maimunah sempat menjelaskan kepada pendidiknya bahawa dia tidak menggunakan perkataan ‘wajib’ mengundi tapi dia menggunakan perkataan ‘kene’ mengundi, walaupun di dalam hati Maimunah seperti nak mewajibkan sahaja tapi Maimunah risau mungkin ada diantara geng yang tak dapat mengundi, kerana Maimunah tidak suka sangat untuk mendenda.

Maimunahlah yang paling terasa diatas teguran itu, walaupun pada mulanya agak terkejut macam mana pendidiknya boleh tahu sedangkan dia selaku ketua mesyuarah belum pun membeitahu kepada pendidiknya itu lagi. Ada yang lebih dahulu memberitahu kepada pendidiknya. Bukan niat Maimunah untuk mahu berahsia kerana mana mungkin dia boleh berahsia tentang perkara ini, cuma Maimunah merasakan yang apa yang dilakukannya tidak salah dan dia juga tidak menyangka bahawa pendidiknya tidak bersetuju dengan keputusannya. Walaubagaimanapun, Maimunah tetap mengaku kesalahan kerana tidak berlakunya kesepakatan dalam ahli masyuarah, Maimunah sedar cara yang terbaik ialah dia bermasyuarah dahulu dengan ahli masyuarah kemudian baru membincangkannya dengan ahli geng yang lain.

Ketika ahli masyuarah itu ditegur oleh pendidik mereka.. Hati Maimunah bergolak, dia sedar ketidaksepakatan diantara ahli masyuarah itu tidak sepatutnya berlaku, tapi dia tetap merasakan yang tindakannya menyuruh geng mengundi adalah tidak salah, dan dia juga tetap merasakan yang pemilihan seorang calon inspirasi yang mempunyai fikrah islam itu tidak salah. Bila agaknya harus menunggu geng sendiri bertanding? Kerana hakikatnya sekarang ini belum ada.

Di dalam hati Maimunah membantah, dia melihat satu persatu wajah ahli masyuarah yang bersetuju dengan pendapatnya sebelum ini, mereka semua tertunduk, kelihatannya seperti mengakui segala kesilapan. “Saya rasa saya yang salah sebab saya ada memberi pendapat pada Maimunah supaya semua geng wajib mengundi” Kata Jijah menyatakan penyesalannya. Mendengar penyesalan Jijah, Maimunah cuma tunduk, diam seribu bahasa tidak mengeluarkan walau sepatah pun bantahan, kagum dengan kestiqahan ahli masyuarah yang lain. Maimunah bermonolog di dalam hati “Akukah yang salah kerana berfikiran seperti ini?” “Ya, akulah yang salah kerana tak tsiqah.” Inilah yang menyebabkan Maimunah terus berdiam diri dalam semua perkara, terus keliru dan akhirnya menekan diri sendiri.

Akhirnya, Maimunah sedar bahawa berdiam diri hanya akan memakan diri sendiri, kerana setiap pendapat/fikrah yang difikirkan benar harus dilafazkan, walaupun mungkin tidak diterima tapi, at least kita mencuba. Maimunah tidak menyalahkan sesiapa, kerana jauh disudut hatinya, dia menyayangi semua geng dan pendidiknya. Mana mungkin dia dapat melupakan segala didikan, tunjuk ajar dan pengalaman yang telah diberikan oleh geng dan pendidiknya kepadanya.. hanya Allah yang dapat membalasnya..

………………………………………………………………………………………………

KESIMPULAN

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam yang sangat hebat, Hassan Al-Banna pengasas IM adalah diantara tokoh dakwah yang sangat saya kagumi, kata-kata Hassan Al-Banna sentiasa menjadi inspirasi dalam menempuh kehidupan ini. Namun, kita sudah pasti tidak ingin kejadian yang berlaku antara IM dengan Jamal Abd al-Nasir berlaku sekali lagi. Sememangnya jalan dakwah tidak akan sunyi dengan liku-liku dugaan dan pengorbanan, tapi setiap peristiwa yang berlaku harus dijadikan pengajaran.

Cuba difikirkan sendiri kaitan antara Tazkirah:Pastikan di Lorong Yang Betul dan Al-kisah di atas… setiap gerakan pro-islam haruslah berfikiran lebih terbuka dalam menyingkapi segala sesuatu dan bukan hanya melihat pada jemaah/kelompok sahaja, kerana setiap diri individu tidak dilihat daripada jemaah/kelompoknya, tapi dilihat daripada akidahnya. Mungkin ramai sahaja orang seperti Jamal Abd al-Nasir, sanggup berbai’ah untuk menegakkan islam tapi sebenarnya hanya menggunakan islam sebagai pakaian dan akan menanggalkannya apabila sudah tidak diperlukan. Tambahan lagi dengan situasi politik Negara yang kian pincang dan semakin lama semakin mengelirukan, dengan sikap manusia zalim.. Fikirlah dengan lebih terbuka, buka minda seluas-luasnya.. dan fikirkanlah sendiri dan berdoalah agar Islam kembali tegak di mata dunia.

Thursday, October 9, 2008

Monolog hati seorang ‘Ikhwah’


Ukhti..
Tidakku mahu bertanya khabarmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Merasai sendiri jiwamu.

Ukhti..
Tidakku mahu memandangmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Halal memegang wajahmu.

Ukhti..
Tidakku mahu senyum padamu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat engkau,
Halal bercanda denganku.

Ukhti..
Engkau bagiku,
Umpama mawar kembang berduri,
Yang dipagari oleh jernihnya kilauan kristal,
Memancarkan sinar yang hebat,
Apabila sang mentari menyinari,
Dan bagaikan titisan-titisan permata,
Apabila hujan menyirami
Membuat diriku terpaku,
Terpesona,
Tidakku berani untuk terus memandangnya,
Kerna ku tahu mataku pasti akan silau,
Dek kerana hebatnya sinaran,
Tidakku mahu menyentuhnya,
Walau hanya dengan hujung jari,
Kerna ku tak mahu sinarnya hilang,
Dek kerana bayang-bayang ku.
Jauh sekali untuk memegangnya,
Pagarnya sahaja sudah cukup mengagumkan,
Apatah lagi bunganya..

Ukhti..
Tidakku mahu meluahkan isi hatiku,
Kerana aku dan engkau,
Adalah lelaki dan wanita,
Yang ada batasannya,
Yang harus menjaga hati,
Kerana Islam itu suci.

Ukhti..
Tujuan hidup kita sama,
Teruslah berjuang,
Tulus hanya untuk Allah,
Mencintai Allah adalah tuntutan,
Cinta Allah cinta yang pasti.

Kerana..
Sesuatu yang ku sendiri tidak pasti,
Adakah engkau ditakdirkan untukku,
Semua hanya andai engkau milikku..

Wednesday, October 8, 2008

Kehidupan


Tuhanku..
Aku mendambakan kehidupan,
Yang dekat dengan-Mu.

Tuhanku..
Aku mendambakan kehidupan,
Yang penuh dengan redha dan kasih-Mu.

Tuhanku..
Aku menginginkan kehidupan,
Yang penuh dengan nur hidayah-Mu.

Tuhanku..
Aku menginginkan kehidupan,
Yang terbaik daripada-Mu.

Tuhanku..
Berikanlah kepadaku rasa simpati-Mu,
Kurniakanlah kepadaku petunjuk-Mu,
Limpahkanlah kepadaku pertolongan-Mu,
Agarku bisa melangkah melalui,
Jalan yang lurus..

Tuhanku..
Ku mohon kasih-Mu,
Agarku tidak jatuh ke dalam jurang,
Yang dalam, gelap dan sempit,

Tuhanku..
Sungguh..
Engkau akan mendekat kepada hamba-Mu,
Yang ingin dekat dengan-Mu,
Sungguh..
Ku ingin dekat dengan-Mu..

Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri

"taqabbalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” Mohon setinggi-tinggi kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah ana lakukan, jika pernah terkasar bahasa, tersinggung rasa, tersilap fakta dalam memberi.. sekali lagi, mohon maaf atas segala perbuatan sengaja dan tidak sengaja.. Semoga kita memperoleh taqwa di bulan Ramadhan, dan menjadi titik permulaan yang baru untuk menempuh hari esok..

Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
http://akob73.blogspot.com/
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." (al-Maaidah: 3).

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." (al-Baqarah:185).

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." (RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32)

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” (Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan).


• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." (Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119).

• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." (Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272).

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953).

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." (Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327).

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." (Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327).

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." (Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036).

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." (Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487).

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." (Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986).

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." (Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49).

• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." (Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956).

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." (Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394).

• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." (Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989).

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." (Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956).

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." (Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975).

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." (Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290).

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959).

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." (Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164).

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

Jejak Rasul tv 3: Rihlah Ibnu Batutah.

Ana jarang sekali menonton tv, lagipun remote control tv bukan ana yang control. jadi untuk langkah selamat ana lebih suka mengelak, dan menghabiskan masa lapang dengan melayari internet sahaja. Jejak rasul adalah satu siri tayangan yang baik, cuma waktu tayangannya agak kurang sesuai bagi mereka yang tinggal di Sabah kerana waktu itu masing-masing sibuk menyediakan juadah berbuka. Dan baru ana terlihat iklan siri tv terkenal, Jejak Rasul 14, di mana skop cerita bulan ramadhan kali ini ialah tentang Rihlah Ibnu Batutah (pengembaraan Ibn Batutah).

Bila mendengar rihlah Ibn Batutah, ana sepertinya teringat sesuatu, teringat tentang adanya kritikan2 ulama tentang rihlah Ibn Batutah, tapi ana tak ingat di mana dan dari mana ana mendengarnya, dan apa kritikan yang telah diberikan. Ana kmdn mencari jawapan melalui internet, Alhamdulillah ana menemui jawapannya melalui artikel yang ditulis oleh Dr Asri Zainul Abidin. Akan ana sertakan artikel tersebut.

Di sini, bukan niatnya mahu mengkritik rancangan Jejak Rasul tersebut, kerana ana sendiri belum pernah menontonnya, iklan sahaja yang ditonton. Akan ana menontonnya kelak, InsyaAllah. Cuma ingin berkongsi ilmu, agar kita mempu membedakan yang baik dan yang buruk.

Kontraversi Dakwaan Ibn Batutah Terhadap Ibn Taimiyyah

Oleh: Dr Asri Zainul Abidin. http://drmaza.com/home/?p=57

Sekali saya katakan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h telah pun pergi menemui Allah sejak tujuh ratus tahun lalu. Hidupnya dahulu dibaluti dengan perjuangan yang penuh ikhlas. Para ulama hadith dan mereka yang mengenalinya memuji dan menghormatinya, seperti yang telah saya nyatakan dalam tulisan ini, bahkan lebih dari itu. Sesiapa yang menghina dan mencerca Ibn Taimiyyah di zaman ini, akan berdiri bertanggungjawab di hadapan mahkamah Allah Yang Maha Adil di akhirat. Mereka mesti bertanggungjawab di atas segala perkataaan yang dilempar kepada tokoh ulama yang mulia itu, yang menyampaikan ilmu, menulis, berjihad dengan pedang menentang tentera kuffar Monggol dan berbagai jasanya yang tidak mampu disukat. Semoga Allah memelihara kita semua dari kegelinciran. Adapun Ibn Batutah, itu adalah urusan dia dengan Allah.

Saya ditanya tentang buku Rihlah Ibn Batutah. Khasnya berkaitan tohmahan buku ini terhadap Ibn Taimiyyah. Lalu kisah yang berbentuk tohmahan itu dijadikan alasan oleh sesetengah pihak untuk mencerca Ibn Taimiyyah. Ramai pula yang menjadi keliru. Apatah lagi buku ini sedang laris di pasaran dan dibeli oleh mereka yang meminati agama.
Saya katakan, pada asasnya, membaca berbagai bahan adalah suatu tabiat yang baik. Orang yang luas pembacaannya, luas juga pandangannya. Namun bagi setiap buku ada penilaian terhadapnya, terutamanya di sudut ketepatan dan kebenaran. Tulisan ini saya tulis secara ‘segera’ dan ringkas mengulas mengenai buku tersebut, khasnya mengenai tohmahan Ibn Batutah r.h. terhadap Ibn Taimiyyah r.h.

Ibn Batutah r.h menjadi terkenal kerana karya mengenai kembaranya yang dikenali dengan nama Rihlah Ibn Batutah. Dalam tulisan tersebut dicatatkan sejarah atau kisah pengembaraan dan pelayaran beliau ke berbagai negera. Tulisan itulah membawa beliau dikenali. Di samping menghargai karya tersebut, kita juga perlu akur bahawa terbukti dalam beberapa hal karya tersebut kurang teliti dan amanah. Apatah lagi Ibn Batutah -semoga merahmatinya dan mengampuninya- bukan terdiri di kalangan ahli periwayataan yang dipegang.
Banyak perkara yang disebutkan dalam karya tersebut mendedahkan adanya unsur ketidak telusan dalam menghidangkan sesuatu kisah. Justeru itu kita dapati, catatan tersebut tidak dianggap sebagai rujukan muktabar dalam bidang sejarah. Ramai pengkaji dan muhaqqiq mengkritik dan membongkarkan penyelewengan fakta yang terkandung dalamnya.
Antara muhaqqiq Hasan al-Saih ketika memberi aluan kepada kitab Taj al-Mafriq fi Tahliyyah ‘Ulama` al-Masyriq menyatakan bahawa Ibn Batutah kemungkinan hanya mendengar nama tokoh-tokoh ulama tertentu di negeri-negeri yang dilawati, lalu dia menyebut nama mereka seakan-akan dia benar-benar berjumpa sekalipun dia tidak bertemu sendiri dengan mereka. Sebaliknya sekadar mengambil cerita daripada orang lain.

Kisah kembara Ibn Batutah yang ditulis itu, mempunyai banyak cerita-cerita yang bersifat dongeng yang digambarkan seakan Ibn Batutah melihatnya sendiri. Antaranya cerita dia melawat beberapa pulau dan negeri yang wanita-wanitanya hanya mempunyai satu buah dada.
Dalam buku Hayat Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah, penulisnya iaitu tokoh ulama Syam terbilang Muhammad Bahjah al-Baitar menyatakan bahawa buku kembara Ibn Batutah penuh dengan cerita pelik lagi tidak masuk akal dan palsu. Cerita ini diambil daripada orang ramai yang dia dengar di negeri-negeri yang di kunjungi, tanpa sebarang penilaian. Umpamanya beliau menyatakan di tengah Masjid Umawi di Damsyik ada kubur Nabi Zakaria a.s., sedangkan yang diketahui ianya adalah kubur Yahya a.s.

Juga dakwaannya kononnya dia membaca di dalam Fadail al-Dimasyq daripada Sufyan al-Thauri bahawa solat di Masjid Damsyik sama dengan pahala tiga puluh ribu solat. Kita tahu bahawa perkara seperti ini tidak boleh dibuat dengan andaian akal. Orang yang seperti Sufyan al-Thauri tidak akan membuat dakwaan seperti ini yang tidak mempunyai sebarang dalil. Dakwaan ini telah melebihkan Masjid Damsyik ke atas Masjid Nabi dan Masjid al-Aqsa. Kedua-dua masjid tersebut pun tidak sampai ke darjat yang seperti ini. Mustahil tokoh hadith dan warak seperti Sufyan al-Thauri membuat dakwaan ini, melainkan satu pembohongan terhadapnya. Apatah lagi Masjid Damasyq belum wujud pada zaman Nabi s.a.w.

Bahkan Ibn Batutah mengakui fadilat bernazar untuk kubur-kubur utama jika seseorang dalam kesusahan dipukul angin kencang di tengah lautan. Sedangkan dalam keadaan tersebut golongan musyrikin pun akan terus berdo`a kepada Allah tanpa sebarang syirik. Malangnya Ibn Batutah dapat menerima dan mengakui nazar yang seperti ini. Firman Allah (Surah al-`Ankabut: 65): (terjemahannya): Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan ikhlas semata-mata kepadaNya agama. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

Ada kemungkinan ketidak telusan itu bukan berpunca dari Ibn Batutah r.h. (semoga Allah merahmatinya) itu sendiri. Barangkali telah berlaku penyelewengan terhadap tulisan beliau. Ini mungkin datang dari penyalin semula tulisan tersebut. Jika diteliti, sebenarnya orang yang menulis buku Rihlah Ibn Batutah yang ada di tangan kita sekarang bukanlah Ibn Batutah sendiri.

Orang yang menulis buku tersebut ialah Ibn Juzzi al-Kalbi, seorang penulis dari Maghribi yang memberikan pendahuluan yang panjang untuk buku tersebut. Justeru itu pada awal tulisannya, setelah memuji Allah, beliau telah memuji sultannya iaitu Abu ‘Inan, pemerintah Fas, Maghribi. Beliau menyifatkan sultannya sebagai “bayangan Allah yang memanjang untuk manusia, tali Allah yang mesti dipegang, mentaatinya adalah digabungkan diri..” sehinggalah beliau menceritakan bagaimana Ibn Batutah bertemu dengan sultan tersebut.

Pada akhir buku tersebut beliau menyebut perkara yang benar-benar menimbulkan keraguan, iaitu “inilah apa yang aku ringkaskan dari coretan al-Syeikh Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Batutah”. Kenyataan ini menunjukkan bahawa buku asal memang ditulis oleh Ibn Batutah. Cuma yang ada di tangan kita ialah ringkasan dan suntingan.

Lebih dari itu, ia juga menunjukkan bukan Ibn Batutah yang menceritakan secara langsung kepada Ibn Juzzi, sebaliknya beliau mengambil dari nashkah Ibn Batutah dan meringkas atau menyuntingkannya. Justeru itu tokoh pengkaji manuskrip Dr. Yusuf Zaidan menyatakan: “Bukan sesuatu yang tepat untuk menyatakan bahawa Ibn Batutah sebagai penulis (buku tersebut)..” (lihat: Dr Yusuf Zaidan, Al-Janib al-Dablumasi fi Rihlatai: Ibn Batutah wa Khair al-Din al-Tunusi, http://www.zeidan.com/).

Sama ada Ibn Juzzi al-Kalbi atau Ibn Batutah sendiri, yang pasti buku tersebut banyak unsur ketidak telusan faktanya. Antara ketidak telusan buku tersebut, dakwaannya terhadap Ibn Taimiyyah r.h. kononnya: “Ketika aku berada di Damsyik, aku menghadiri Ibn Taimiyyah pada hari Jumaat. Ketika itu dia sedang menasihati dan mengingatkan orang ramai di atas mimbar Masjid Damsyiq. Antara ucapannya: “Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia seperti aku turun ini”, dan dia pun turun satu tangga demi satu tangga mimbar”.

Banyak pihak yang kurang cermat telah terpengaruh dengan cerita bohong ini. Mereka menjadikannya alasan untuk memfitnah Ibn Taimiyyah kononnya beliau menyamakan Allah dengan dirinya. Sebahagian mereka mewarisi perkara ini tanpa sebarang kajian. Mereka menuduh Ibn Taimiyyah r.h. sedangkan mereka tidak pernah pun meneliti tulisan-tulisannya yang menjadi khazanah ilmu Islam yang dipakai hampir di seluruh pusat pengajian Islam di dunia sekarang. Mereka menerima tohmahan terhadap seorang tokoh agung hanya semata disebabkan catatan seorang pengembara tanpa sebarang kepastian.

Para ulama yang ikhlas telah bangun menjawab fitnah Ibn Batutah ini. Antaranya apa yang ditulis Muhammad Bahjah al-Baitar dalam bukunya “Hayat Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah”. Antara jawaban beliau yang panjang lebar itu:

-Ibn Batutah sebenarnya tidak mendengar perkara tersebut daripada Ibn Taimiyyah sama sekali. Ia hanyalah satu pembohongan. Buktinya, dalam catatannya, beliau sampai ke Damsyik pada hari Khamis, 19 Ramadhan tahun 726H, sedangkan Ibn Taimiyyah telah dipenjarakan pada awal bulan Sya’ban tahun tersebut, dan terus berada dalam penjara sehingga meninggal pada malam Isnin 20 Zul Qaedah tahun 728H. Bagaimana mungkin Ibn Batutah melihatnya?.
-Ibn Taimiyyah tidak pernah menjadi khatib Masjid Damsyik, seperti yang didakwa oleh Ibn Batutah. Beliau tidak pernah memberi nasihat atau kuliahnya kepada orang ramai di atas mimbar masjid tersebut. Beliau hanyalah memberikan kuliah pengajiannya di atas kerusi sahaja. Ini seperti yang disebut oleh anak-anak muridnya yang menulis sejarahnya, antara mereka al-Imam Zahabi.

-Tulisan-tulisan Ibn Taimiyyah menafikan hal ini. Antaranya pegangan Akidah Ibn Taimiyyah yang dipetik oleh Ibn Nasir al-Din al-Syafi’i dalan al-Radd al-Wafir: “Mazhab Salaf, para imam yang empat dan selain mereka ialah menithbatkan (menetapkan sifat Allah) tanpa tasybih (menyerupakan dengan sesuatu), mensucikanNya tanpa ta’til (menghilangkan fungsi sifat). Tidak boleh bagi seseorang meletakkan sesuatu pegangan atau `ibarah (huraian atau rangkaian ucapan) daripada dirinya sendirinya. Bahkan dia hendaklah mengikut dalil bukan membuat bid`ah”.

Di sana ada lagi jawapan-jawapan yang dinyatakan oleh al-Syeikh Muhammad Bahjah al-Baitar, sesiapa yang inginkan pendetilan dia boleh merujuk kepada kitab tersebut.

Demikian juga muhaqqiq Rihlah Ibn Batutah sendiri, Dr. ‘Ali al-Muntasir mengulas kisah tersebut: “Ini semata-mata pembohongan terhadap al-Syeikh Ibn Taimiyyah. Beliau ditangkap di Penjara Damsyik sebulan sebelum ketibaan Ibn Batutah. Sejarawan telah sepakat bahawa dia dikurung di Penjara Damsyik kali yang akhir pada 6 Sya’ban tahun 726H dan tidak keluar melainkan setelah meninggal. Sedang Ibn Batutah menyebut dalam kitabnya dia sampai ke Damsyik pada 9 Ramadhan”.

Setelah kita mengetahui hal ini, apakah wajar kita menerima sesuatu cerita yang mentohmah seorang muslim, apatah lagi seorang sarjana muslim hanya semata-mata disebabkan berita yang dipertikaikan. Lupakah kita kepada firman Allah: (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seseorang fasik membawa berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (hukuman) kepada sesuatu kaum dengan secara jahil, lalu kamu akan menyesal”.
Al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) dalam kitabnya `Ulum al-Hadith: “Entah berapa ramai di kalangan ulama yang telah melangkah kaki mereka di dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu, sedangkan kamu menyebut dan mengumpat mereka”. Apakah boleh kita terima cerita seorang pengembara dengan melupai apa yang disebut oleh tokoh-tokoh agung umat mengenai Ibn Taimiyyah. Mereka memuji dan menyebut keagungan ilmunya. Antaranya:

- Al-Hafizd al-Zahabi tokoh agung dalam Ilmu Hadith -yang juga merupakan murid Ibn Taimiyyah- menyenaraikan gurunya itu di dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz yang dikhaskan untuk para hafiz dalam hadith. Beliau memuji Ibn Taimiyyah dengan pujian yang sangat hebat juga menggelarnya dengan gelaran Syeikh al-Islam, antara katanya: “Ibn Taimiyyah: seorang syeikh, imam, al-`allamah (sangat alim), al-hafiz (dalam hadith), seorang yang kritis, mujtahid, penafsir (al-Quran) yang mahir, beliau adalah Syeikh al-Islam….dari lautan ilmu, dari para cendikiawan yang terbilang, dari golongan zuhud yang sukar dicari, dari tokoh-tokoh yang berani dan pemurah lagi mulia, dipuji oleh penyokong dan penentang”.

- Al-Hafizd Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Al-Durar al-Kaminah `Ali menceritakan mengenaikan fitnah yang dikenakan kepada Ibn Taimiyah itu, sehingga beliau menyebut:”Ibn Taimiyyah terus dipenjara sehingga kembali ke rahmat Allah. Kepada Allah juga kembali segala urusan. Dia memerhatikan mereka yang khianat dan apa yang disembunyikan di dalam dada. Hari kematian Ibn Taimiyyah itu menjadi bukti, manusia memenuhi jalan menyambut jenazahnya, orang Islam datang dari serata pelusuk. Mereka mengambil keberkatan dengan menghadiri jenazahnya, pada hari yang ditegakkan bukti, mereka semua ingin memegang kerandanya sehingga patah kayunya”. Sehinggalah Ibn Hajar menyebut: “Ibn Taimiyyah imam kepada semua para imam, keberkatan umat, yang sangat alim di kalangan ulama, pewaris para anbiya..” sehinggalah beliau megelarnya sebagai “Syeikh al-Islam”.

- al-Imam Sayuti yang memasukkan Ibn Taimiyyah dalam senarai huffaz hadith (para hafiz hadith), dalam kitabnya Tabaqat al-Huffaz. al-Imam Sayuti yang bermazhab Syafi’i itu memperkenalkan Ibn Taimiyyah seperti berikut: “Ibn Taimiyyah, seorang syaikh, imam, al-`allamah (sangat alim) hafiz, seorang yang kritis, faqih, mujtahid, seorang penafsir al-Quran yang mahir, Syaikh al-Islam, lambang golongan zuhud, sangat sedikit sepertinya di zaman ini,..salah seorang tokoh terbilang..memberi perhatian dalam bidang hadith, memetik dan menapisnya, pakar dalam ilmu rijal (para perawi), `illal hadith (kecacatan tersembunyi hadith) juga fiqh hadith, ilmu-ilmu Islam, ilmu kalam dan lain-lain. Dia daripada lautan ilmu, daripada cendikiawan yang terbilang, golongan zuhud dan tokoh-tokoh yang tiada tandingan..”
Banyak lagi pujian untuk Ibn Taimiyyah oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam jika ingin dipetik. Apakah patut mereka memujinya jika dia benar-benar mengucapkan seperti apa yang disebutkan oleh Ibn Batutah??! Apakah mereka yang merupakan sejarahwan besar tidak sampai kepada mereka kisah yang disebut oleh Ibn Batutah, sedangkan kisah itu berlaku di khalayak ramai??!. Ini hanyalah senarai dongengan dan khayalan kembara Ibn Batutah semata!!!

Lihat apa kata para pengkaji Ibn Taimiyyah zaman kini, antaranya Maulana Abu al-Hasan `Ali al-Nadwi dalam bukunya yang ditulis khas mengenai sejarah perjuangan Ibn Taimiyyah sebagai tokoh pemikir dan dakwah yang terbilang, bertajuk “Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah “Sesungguhnya al-Imam Ibn Taimiyyah telah bangkit menjawab Syi`ah dalam banyak tempat dalam buku-bukunya. Dia telah benar-benar menunaikan tanggungjawab dengan kuatnya mempertahankan sunnah, aqidah ahli sunnah, al-khulafa al-rasyidin dan para sahabah yang mulia r.a.”

Demikian juga tokoh yang banyak mengambil manfaat dari karya Ibn Taimiyyah Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut dalam bukunya Kaifa Nata`amul ma`a al-Sunnah: “Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku”.
Saya pernah menyebut dan saya ulangi di sini sebenarnya, golongan yang ingin supaya orang ramai menghukum Ibn Taimiyah sesat, kufur dan seumpamanya itu sedar, bahawa jika langkah ini berjaya maka sebahagian besar tokoh-tokoh umat dapat dileburkan, dan khazanah umat dapat dihancurkan. Antara murid terbesar Ibn Taimiyyah ialah al-Imam Ibn Kathir, yang terkenal dengan Tafsir al-Quran al-`Azim atau dikenali dengan Tafsir Ibn Kathir. Bacalah buku al-Tafsir wa al-Mufassirun, karangan al-Syeikh Husain al-Zahabi, dalamnya diceritakan bagimana Ibn Kathir begitu mencintai gurunya, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan banyak berpegang dengan fatwanya. Kemunculan al- Imam Ibn Kathir, al-Imam al-Zahabi, al-Imam Ibn al-Qayyim dan lain-lain adalah antara sumbangan besar Ibn Taimiyyah dalam bidang kesarjanaan Islam. Musuh-musuh ahli sunnah mengetahui hal ini, mereka berusaha merobohkan khazanah ini.

Al-Nadwi juga menyebut perkara ini dengan katanya: “Ahli bid`ah dan hawa nafsu yang dahulu cuba untuk menonjolkan diri sebagai bermazhab ahli sunnah, untuk menipu para pemerintah dan hakim (agar menangkap Ibn Taimiyah). Sebaik sahaja berjaya penipuan mereka, maka nampaklah kejahatan mereka pada orang ramai dan mulalah mereka menonjol dan tidak bersembunyi lagi”.

Sekali saya katakan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h telah pun pergi menemui Allah sejak tujuh ratus tahun lalu. Hidupnya dahulu dibaluti dengan perjuangan yang penuh ikhlas. Para ulama hadith dan mereka yang mengenalinya memuji dan menghormatinya, seperti yang telah saya nyatakan dalam tulisan ini, bahkan lebih dari itu. Sesiapa yang menghina dan mencerca Ibn Taimiyyah di zaman ini, akan berdiri bertanggungjawab di hadapan mahkamah Allah Yang Maha Adil di akhirat. Mereka mesti bertanggungjawab di atas segala perkataaan yang dilempar kepada tokoh ulama yang mulia itu, yang menyampaikan ilmu, menulis, berjihad dengan pedang menentang tentera kuffar Monggol dan berbagai jasanya yang tidak mampu disukat. Semoga Allah memelihara kita semua dari kegelinciran. Adapun Ibn Batutah, itu adalah urusan dia dengan Allah.

Tuesday, September 23, 2008

Selamat ber ‘qiyamullail’ di malam laila al-qadar..



Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam (Lail) al-Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam (lail) al-Qadar? Malam (lail) al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turunlah malaikat jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar(al-Qadar (97): 1-5).

Surah di atas sebuah surah khusus yang diturunkan oleh Allah SWT tentang keistimewaan Lailatul Qadar. Antara keistimewaan malam Lailatul Qadar seperti yang dijelaskan di dalam surah tersebut ialah 1) Allah menurunkan Al-Quran pada malam ini. 2) Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. 3) Para malaikat termasuk malaikat jibril turun membawa ketetapan bagi segala urusan dalam kehidupan.

carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan
(Sahih: dikeluarkan oleh Bukhari di dalam sahihnya)

Carilah pada sepuluh malam terakhir, yakni Lailatul Qadar. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah ia kalah (putus asa) pada baki tujuh malam yang terakhir(Sahih: dikeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya)

Mulai sepuluh malam terakhir bulan ramadhan, kita digalakkan untuk memperbanyakkan solat malam (qiyamullail). A’isyah (ra) menerangkan bahawa rasulullah saw apabila memasuki 10 malam terakhir, baginda mengasingkan diri daripada isterinya (tidak bersetubuh) dan menghidupkan waktu malam dengan qiyamullail. Baginda juga membangunkan keluarganya untuk turut berqiamullail. (Sahih Muslim)

A’isyah ra juga menerangkan bahawa dia pernah bertanya kpd Rasulullah saw “Wahai Rasulullah, apakah pendapatmu apabila aku mendapati satu malam daripada lailatul qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan?” Rasulullah menjawab:
"Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni" (Ya, Allah, sesungguhnya Engkau adalah yang maha Pengampun lagi Maha mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku) [sahih: dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di salam sahih sunan Ibn Majah]

Qiamullail seperti yang kita tahu adakah perkara sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan bagi mereka yang ingin mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malah juga pada bulan lainnya.

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadah kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri(Al-Furqan: 64).

Keadaan yang membuat hamba paling dekat dengan Rabbnya ialah ketika dia dalam keadaan sujud. Maka perbanyakkanlah doa (saat sujud itu)” (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu daud dan al-Nasa’i)

Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud dari Nabi SAW baginda bersabda:
Rabb kita takjub terhadap dua orang, iaitu terhadap seseorang yang meninggalkan tempat tidur dan selimutnya di antara keluarga dan orang yang dicintainya untuk mengerjakan solat. Maka Allah berfirman: “Lihatlah hamba-hamba-Ku yang meninggalkan tempat tidur dan selimutnya di antara orang yang dicintainya dan keluarganya untuk mengerjakan solat, kerana menyukai apa yang ada di sisi-Ku dan takut apa yang ada di sisi-Ku." Begitu pula seseorang yang berperang di jalan Allah, yang rakan-rakannya mengalami kekalahan dan dia tahu apa yang akan terjadi padanya dalam kekalahan dan apa yang didapatinya jika kembali. Maka ia kembali hingga darahnya tertumpah. Maka Allah berfirman: “Lihatlah hamba-Ku yang telah kembali, kerana mengharapkan apa yang ada di sisi-Ku dan takut apa yang ada di sisi-Ku, hingga darahnya tertumpah”

Kedua-dua orang yang disebutkan di atas, sama-sama berjihad dan berjuang. Yang pertama, berjuang menghabiskan waktu malamnya untuk mencari keredhaan Allah. Yang kedua, berjihad mengorbankan jiwa hingga darahnya tertumpah ke bumi.

Allah telah menyifatkan orang-orang yang bertaqwa dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka disana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam untuk mereka tidur. Dan pada waktu malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar (memohon ampun) kepada Allah” (Adz-Dzaariyat: 15-18)

Abu Malik al-Asy’ari bertanya: “Diperuntukkan bagi siapakah syurga itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Bagi orang yang berkata baik, memberi makanan dan yang mendirikan solat malam ketika manusia sedang tidur (Diriwayatkan al-Hakim)

Abdullah bin Salam berkata: “Ketika pertama kali Rasulullah SAW menjejakkan kaki di Madinah, maka orang berkerumun mengelilingi baginda, dan aku termasuk mereka yang berkerumun. Setelah kuamati dan kuperhatikan wajah baginda, maka aku tahu wajah itu bukanlah wajah pendusta. Perkataan yang pertama kali ku dengar daripada baginda ialah: “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, jalinlah hubungan persaudaraan dan solatlah pada waktu malam ketika manusia tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan sejahtera(Diriwayatkan Ahmad dan al-Tarmidzi)

Berdasarkan daripada firman Allah SWT dan kalam Rasulullah SAW, ganjaran yang besar Allah SWT berikan kepada hamba-Nya yang sentiasa mengutamakan qiyamullail dalam kehidupannya seharian. Kita tidak dapat membayangkan bagaimana pula besarnya ganjaran yang Allah berikan jika kita melakukan qiyamullail pada malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan dan penuh dengan keistimewaan. Malam yang diberikan kpd hamba-Nya yang terpilih, jadi berusahalah untuk menjadi insan terpilih itu.. Selamat ber ‘qiamullail di malam lailatul qadar..


(Rujukan: Amalan-amalan di bulan Ramadhan, Hafiz Firdaus Abdullah; 12 peribadi cemerlang ibadurrahman:ciri yang disebutkan 1500 tahun lalu, Yusuf al-Qaradhawiy)

Sunday, September 21, 2008

Persaudaraan adalah syi’ar dakwah



Persaudaraan ataupun dengan sebutan yang lebih islami dipanggil ukhwah adalah antara perkara penting yang harus dititik beratkan bagi meneruskan keseimbangan dan kesinambungan dakwah yang dilakukan. Namun, sebelum membincangkan topik ukhwah, perkara pertama yang harus dibincangkan ialah iman dan taqwa.

Langkah pertama adalah mengukuhkan landasan iman dan taqwa. Iman kepada Allah diperlukan bagi mengukur kebenaran nilai-nilai yang dianuti dan terealisasinya definisi yang benar bagi kema’rufan dan kemungkaran. Iman juga diperlukan agar para daie yang menyeru manusia kepada kebaikan, beramal ma’ruf dan nahi mungkar, bisa terus memempuh jalan-jalan yang berat dan memikul segala akibat, saat menghadapi kejahatan yang telah mencapai puncak kekuatannya, atau saat menghadapi kekuatan nafsu syahwat yang sedang menyala dengan hebat, atau saat menghadapi kefuturan rohani yang melemahkan tekad dan memberi tekanan. Bekalnya kita adalah iman dan sarana kita adalah iman, sedang sandaran kita hanyalah Allah SWT.
Taqwa pula akan mendorong pelakunya menunaikan hak Allah Yang Maha Mulia. Taqwa yang sebenar adalah taqwa yang membuat pelakunya tidak pernah lalai sepanjang hidupnya hingga ajal datang menjemput.
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya” (Al-Imran: 102)
Setiap kali hati manusia menjalankan ketaqwaan, maka akan terbukalah baginya cakerawala yang luas dan membuatkannya selalu ingin tahu. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan tergugahlah kerinduannya untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada diatas apa yang telah diraihnya, selalu memandang kearah kedudukan yang lebih tinggi hingga hatinya selalu tergugah dan tidak pernah tidur.
Ini adalah perkara pertama dan terpenting yang menjadi asas tertegaknya jama’ah kaum muslimin. Tanpa adanya perkara asas ini, setiap perhimpunan yang dibuat akan menjadi perhimpunan jahiliyyah dan tidak ada manhaj Allah yang menjadi wadah bagi terhimpunnya suatu umat.

Kedua adalah persaudaraan. Iaitu persaudaraan kerana Allah dan berlandaskan manhaj Allah untuk merealisasikan manhaj Allah.
“Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan jangan kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah telah menyelamatkan kamu daripadanya….” (Al-Imran: 103)
Persaudaraan ini adalah persaudaraan yang lahir dari taqwa dan islam. Persaudaraan yang menuju kepada tali Allah ini adalah nikmat yang Allah berikan kepada kaum muslimin, iaitu nikmat yang sentiasa diberikan Allah kepada orang-orang yang dicintai-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dia atas dasar keimanan serta persaudaraan inilah manhaj Allah dapat ditegakkan di muka bumi.
Daripada pengertian ini, maka usaha mengukuhkan kembali persaudaraan merupakan bahagian penting dari cara menghidupkan fiqih dakwah. Kerana persaudaraan merupakan aturan dakwah kita, syiar dan sebutannya. Ia merupakan satu janji yang mengikat diri kita dan keharusan yang ditetapkan oleh dakwah. Dakwah harus berterusan melahirkan pedoman-pedoman baru sebagai hasil pengalamannya yang berulang-ulang, sehingga mendorong untuk segera mencari segala macam sarana untuk menghimpunkan semua pendokong dakwah untuk saling mencintai, bergotong-royong, saling merasa senasib sepenaggungan dan saling bertoleransi. Dakwah ini akan mencapi puncak keberhasilan bila kita telah melihat adanya kesatuan hati dan nurani sesudah kesatuan pandangan, fikiran, cita-cita, harapan dan kesudahan, bahkan kesatuan kata. Sehingga tidak ada lagi melainkan satu semboyan.
Demikianlah kedudukan persaudaraan sangat penting diantara para daie dalam tarbiyyah. mana-mana aktivis gerakan islam yang tidak mengambil berat tentang erti persaudaraan keimanan yang sebenarnya pasti akan menemui kegagalan akibat sikap suka ambil lewa dan kelalaiannya terhadap pentingnya makna persaudaraan ini. Tidak ada jalan lain melainkan harus kembali dari permulaan dengan menempuh jalan iman dan taqwa terlebih dahulu.
Kita haruslah bertoleransi terhadap sesama saudara bila mana ada seseorang melakukan kelalainan atau bersikap melampaui batas. Sebagaimana etika persaudaraan yang mengajar kita untuk bersikap memberi imbalan, teguran dan nasihat, memberi kemaafan, kesetiaan dan ucapan terima kasih. Pengertian inilah yang telah mengajar para daie terdahulu dan masa kini dalam taushiyah mereka untuk menekankan sikap berlapang dada dan mempererat tali kasih persaudaraan.

Mungkin perkara ini telah pun disedari oleh sebilangan orang di luar sana yang telah berada di kelompok dakwah dan tarbiyyah, tapi sejauh manakah kita dapat merasai dan menghayati ruh ukhwah islam yang sebenar?


Adakah selama ini kita hanya sekadar menumpang nikmat hidup di bawah naungan tarbiyyah, menumpang kerana dapat bersama ikhwah dan akhwat fillah, menumpang ingin popular di jalan dakwah, menumpang mencari nama dan posisi di dalamnya?... Tanpa kita merasai sedikit pun nikmat dakwah dan ukhwah dan tidak berusaha meraihnya?..


Jika kita begini, tidak ingin dan tidak mahu merasai nikmat ukhwah dan perit jerih jalan dakwah, maka ia adalah satu kesilapan dalam pemahaman. Mungkin selama ini kita hanya ikut-ikutan kerana di ajak mengikut jalan ini, Jadi sekarang sudah tiba waktunya untuk kita cuba untuk memahami apa yang kita lalui ini.. Semoga Allah SWT menyayangi diri kita dan menunjukkan kita jalan yang penuh dengan redha dan rahmat-Nya.. Wallahualam..

(Rujukan: Pelembut Hati, Muhammad Ahmas ar-Rasyid; Quantum Tarbiyah mencetak kader serba bisa, Solikhin Abu Izzuddin)

Saturday, September 20, 2008

Bersyukurlah.. umat Muhammad

Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Musa memilih tujuh puluh orang dari kaumnya utk memohon taubat kpd kami dalam waktu yang telah ditentukan. Ketika mereka digoncang bumi, Musa berkata: ‘Kalau Engkau menghendaki, tentulah Engkau telah membinasakan mereka dan aku sebelumnya. Apakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang bodoh yang ada diantara kami. Itu hanyalah cubaan dari-Mu. Dengan cubaan itu Engkau hendak sesatkan orang yang Engkau kehendaki. Engkau pimpinlah kami. Engkau adalah sebaik-baik pemberi ampun. Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia dan di akhirat. Sungguh kami kembali kepada-Mu”
Allah berfirman: “Seksaan-Ku akan kutimpakan kepada siapa sahaja yang Aku kehendaki, dan rahmat-Ku segala meliputi sesuatu. Akan Aku tentukan rahmat-Ku bagi orang-orang yang bertaqwa, orang-orang yang menunaikan zakat dan orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
Mereka adalah orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi. Yang (namanya) mereka jumpai tertulis di dalam Taurat dan Injil yang mereka miliki. Yang menyuruh mereka mengerjakan perbuatan baik dan melarang mereka berbuat kemungkaran. Menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan bagi mereka yang buruk, dan menyingkirkan beban-beban dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang yang beriman kepadanya memuliakannya, membantunya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Al-A’raf (7): 155-157)
Di dalam Ayat ini, Allah memberitahu kepada kita tentang kisah Nabi Musa dan ketika Nabi Musa memohon ampunan pada Allah SWT. Dalam mana Allah menceritakan tentang kisah Nabi Musa, Allah juga berfirman iaitu “Seksaan-Ku akan Ku timpakan kepada siapa saja yang Ku kehendaki, dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu”.. Rahmat itu menurut Allah ialah, Aku tetapkan bagi orang-orang bertaqwa, orang-orang yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. Mereka adalah orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi.
Dalam ayat tersebut dapat kita lihat bahawa Allah telah menyentuh mengenai kedudukan Muhammad (saw) dan umatnya, kepada Musa (as), yang mana umat Muhammad termasuk dalam barisan yang diselamatkan, yang diberi pengetahuan dan petunjuk padanya.
(penjelasan lebih lanjut sila rujuk ‘Kitab Tafsir Ibn Katsir’ tentang ayat ini).

Qatadah mengatakan bahawa Musa (as) berkata: “Wahai Tuhan, di dalam alwah (catatan Kitab Taurat) aku berjumpa dengan satu umat terbaik yang diutuskan untuk manusia. Mereka menganjurkan berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka itu sebagai umatku.” Allah menjawab: “Itulah umat Muhammad.” Musa (as) berkata: “Wahai Tuhan, di dalam alwah juga aku menjumpai sebuah umat yang lahir paling akhir, tetapi merekalah yang pertama akan masuk syurga. Jadikanlah mereka itu sebagai umatku.” Allah menjawab: “Itulah umat Muhammad.”
Musa (as) berkata: “Wahai Tuhan, aku menjumpai di dalam alwah suatu umat yang bacaan mereka meresap di dalam dada mereka. Padahal sebelum generasi mereka, orang-orang membaca kitabnya hanya dengan penglihatan. Hingga apabila tulisan itu ditarik kembali, mereka tidak hafal sedikitpun dan tidak pula mengerti isinya. Sesungguhnya Allah memberi hafalan kepada mereka, yang sebelumnya tidak pernah diberi kepada suatu umatpun. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku.” Allah menjawab: “Itulah umat Muhammad”
Musa (as) berkata: “Wahai Tuhan, kujumpai di dalam alwah suatu umat yang beriman terhadap kitab-kitab terdahulu dan kitab yang terakhir di turunkan. Mereka gigih memerangi kesesatan hingga memerangi dajjal. Jadikanlah mereka sebagi umatku.” Allah menjawab: “Itulah umat Muhammad”
Musa (as) berkata: “Wahai Tuhan, kujumpai di dalam alwah suatu umat di mana sedekah mereka dimakan sendiri tetapi mereka diberi pahala. Sedangkan umat sebelumnya, apabila mereka bersedekah lalu sedekahnya diterima, maka Allah mengirim api yang membakarnya (memakan). Tetapi kalau ditolak, sedekah itu dibiarkan sahaja lalu dimakan binatang buas atau burung. Sesungguhnya Allah megambil sedekah mereka dari golongan kaya atau kaum miskin diantara mereka. Musa berkata: “Wahai Allah, jadikanlah mereka sebagai umatku.” Allah menjawab: “Itulah umat Muhammad”
Musa (as) berkata: “Wahai tuhan, di dalam alwah kujumpai suatu umat, apabila mereka berniat sahaja melakukan kebajikan, namun tidak jadi dikerjakan, maka niatnya dicatat sepuluh kali kebajikan hingga tujuh ratus kali. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku.” Allah menjawab: “Itulah umat Muhammad”
Musa (as) berkata: “Wahai Tuhan, di dalam alwah aku jumpai suatu umat di mana mereka memperoleh syafaat dan diberi hak untuk mensyafaati. Jadikanlah mereka sebagai umatku.” Allah menjawab: “Itulah umat Muhammad”
Qatadah mengatakan bahawa dia memperoleh keterangan iaitu Musa (as) membuang alwah dan berkata: “Wahai Allah, jadikanlah aku termasuk umat Muhammad”
(Rujukan: Qishashul Anbiyaa’ ibratun li-ulil Albaab, karya Ibnu Katsir)

Nabi Muhammad SAW adalah seorang Nabi dan Rasul yang mulia, yang kedatangannya telah diberitahu oleh Allah SWT kepada nabi-nabi yang terdahulu. Kedudukan Nabi Muhammad SAW telah diangkat oleh Allah sebelum kelahirannya. Subhanallah.. betapa mulianya Nabi Muhammad SAW dan beruntunglah kita kerana menjadi umat Muhammad SAW. Sungguh, tidak terhingga kasih, cinta dan nikmat yang Allah SWT telah berikan kepada kita, malah Allah SWT dengan segala kasih sayangnya yang tidak bertepi juga telah mengutuskan seorang Rasul yang mempunyai hati yang lembut dan sangat menyanyangi umatnya.. Lihatlah, tidak cukup dengan kasih sayang Allah SWT kepada kita, lalu dia mengutuskan lagi seorang Rasul yang menyayangi kita.
Seperti di dalam firmannya yang bermaksud :
“Sungguh, telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman” (At-Taubah: 128)
Marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT dan memperbanyakkan selawat kerana kita telah dipilih menjadi umat Muhammad SAW.

RENUNGILAH… WAHAI UKHTI/AKHI…

Ramadhan, bulan yang dinanti kini menjelma kembali. Bagi seorang mukmin, sudah pasti bulan ini akan digunakan untuk beribadah dengan sepenuh hati, ikhlas hanya untuk si pencipta bulan Ramadhan iaitu Allah Azza wajalla (22:31). sungguh tidak terkira nikmat dan kasih sayang yang Allah swt berikan kepada hamba-Nya.. Allah sama sekali tidak pernah jemu memberi kita pahala sehinggalah hari kiamat tapi kita hamba-Nya yang hina pula yang jemu mendambakan pahala Allah. Mana tidaknya, di bulan yang penuh dengan kasih sayang Allah ini, ada juga insan yang sanggup melakukan maksiat kepada Allah.. apakah perasaan kita jika kita memberi kasih sayang yang tidak terhingga kepada seseorang lalu dibalas dengan pengkhianatan? Sungguh manusia adalah makhluk yang zalim (33:72).

Akhwat fillah/ ikhwah fillah yang dihormati

Kita telah meletakkan diri kita di posisi pendakwah, pejuang agama, jadi jangan sekali-kali kita membiarkan bulan ramadhan berlalu dengan sia-sia. Mohonlah pertolongan dan petunjuk Allah sentiasa. Masalah-masalah yang melanda seorang pendakwah bukannya sedikit, kadang-kadang ia menyesakkan dada sehingga sukar untuk bernafas tenang, dan menyempitkan jiwa sehingga sukar untuk menerima kenyataan.
Kadang-kadang masalah yang datang melanda adalah dari kesalahan diri kita sendiri. Mungkin kata-kata seorang murobbi/yah itu sendiri yang menyebabkan mutarabbinya berkecil hati, memendam rasa dan semakin lama semakin menjauh. Bila masalah seperti ini berlaku, si murobbi/yah akan mengatakan yang mutarabbinya tidak memahami, manakala dari pihak mutarabbi pula mengatakan murobbi/yah lah yang tidak memahami dirinya, akhirnya masing-masing sudah tidak lagi sehaluan, maka runtuhlah ke stiqahan. Lalu, bila berada dalam halaqah, ruh halaqah itu tidak lagi dirasai. Masalah seperti ini bukannya masalah baru tapi masalah yang sering berlaku. Masalah ini boleh berlaku tanpa kita sedari bila ia bermula.

Akhwat fillah/ ikhwah fillah sekalian..

Setiap individu akhwat dan ikhwah itu pasti ada kelemahan dan kekurangannya. Bisa sahaja berlaku apabila seorang akhwat/ikhwah menemui kekurangan ataupun menemui sikap jelek akhwat/ikhwah yang lain, menyebabkan timbulnya rasa benci. Ya, bisa saja seorang akhwat/ikhwah itu seorang yang cepat marah dan lambat sejuk, seorang yang ego dan sukar untuk terima pendapat, seorang yang biasa bercakap dengan nada yang kasar, seorang yang boros berbelanja, seorang yang sering mengikut emosi/nafsu daripada akal, seorang yang kurang jujur dalam berkata-kata, seorang yang besar kepala seolah-olah dialah saja yang betul, dan pelbagai lagi sikap yang tidak elok yang terfikir dalam fikiran seorang akhwat/ikhwah yang sedang menilai. Namun, tidakkah kita sedar bahawa diri kita juga mempunyai 1001 kekurangan? dan mungkin juga kita sendiri mempunyai sikap jelek yang sukar dikikis, hanya saja mereka yang lain tidak mengetahuinya.
Sebagai seorang yang bergelar akhwat/ikhwah sudah pasti kita berusaha untuk membuang segala sisa-sisa jahiliah yang masih ada dalam diri kita, Cuma ia memerlukan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh. Oleh itu, jika kita mengetahui kekurangan dan keaiban akhwat/ikhwah, kita jangan membenci tapi menasihatinya dengan cara yang baik, kita harus yakin bahawa akhwat/ikhwah itu pasti berusaha untuk membuang sikap jeleknya, kita harus mendoakan kebaikan untuk semua akhwat/ikhwah dan bukan sebaliknya. Jangan kita tanam sikap benci terhadap rakan seperjuangan kita, jangan kita berterusan su’udzhon (berburuk sangka) terhadap rakan kita kerana boleh jadi suatu hari nanti rakan yang dahulunya kita benci kerana sikapnya, akhirnya menjadi seorang pahlawan sejati, malah menjadi contoh teladan dan sejarah dalam kehidupan pahlawan yang lain.

Ukhti fillah/ akhi fillah yang disayangi kerana Allah

Setiap dari kita haruslah bersikap adil dalam menangani pelbagai permasalahan. Jika berlaku sebarang pertelingkahan antara akhwat/ikhwah kita, jangan sama sekali kita berat sebelah dalam menilai kebenaran, apatah lagi jika pertelingkahan itu berlaku antara akhwat/ikhwah kita sesama sendiri yang berada dalam kelompok yang sama (49:10). Apabila kita berada di tengah-tengah keadaan ini, kita harusnya mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak barulah kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.. mungkin akan kita dapati kedua-duanya benar.. ataupun mungkin kedua-duanya salah.. tidak seharusnya kita berat sebelah, kita sepatutnya menyayangi kedua-dua pihak yang bertelingkah kerana bukankah kedua-duanya adalah rakan seperjuangan kita? Adalah tidak wajar seorang akhwat/ikhwah menyebelahi satu pihak dan akhwat/ikhwah yang lain menyebelahi satu pihak yang lain, jika ini berlaku, akhirnya pertelingkahan takkan selesai malah akan timbul pula pertelingkahan yang baru diantara pihak yang menyebelahi tadi.
Jika berlakunya situasi di mana kita hanya boleh mendengar penjelasan daripada sebelah pihak sahaja, maka kita haruslah usuzhon (berbaik sangka) dengan pihak yang satu lagi yang kita tidak dapat mendengar penjelasannya atas sebab2 yang tertentu. Jangan sama sekali kita ajar akhwat/ikhwah untuk membenci sesama sendiri tapi nasihatilah ia. Seperti yang disebutkan sebelum ini, kita hendaklah menerima kelemahan dan kekurangan diri akhwat/ikhwah dan berdoalah untuk kebaikan akhwat/ikhwah kita.

Ukhti fillah/ akhi fillah yang dirahmati Allah.

Sempena bulan ramadhan yang penuh barakah ini, sama2 lah kita berdoa dan perbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT. kita mohon agar Allah mengampunkan segala kesilapan kita yang lalu, mohon petunjuk daripada Allah agar kita dapat mengharungi masa yang mendatang dengan lebih baik lagi. Semoga kesilapan yang kita lakukan dahulu akan menjadikan kita insan yang lebih matang dan cemerlang (3:135) (39:53) (9:102).
Semoga diri kita terpilih menjadi hamba-Nya yang mewarisi syurga.. semoga Allah mengizinkan kita melihat wajah-Nya yang indah dan wajah rasul-Nya yang mulia di syurga yang paling tinggi iaitu syurga firdausi.. tiada yang dapat menggambarkan keindahan saat melihat wajah Allah SWT dan Nabi SAW, maka marilah kita sama-sama menunggu saat itu dengan penuh kesabaran.

Si Pelarian


Wahai Si Pelarian,
Di bumi manakah engkau berpijak?
Wahai Si Pelarian,
Apakah yang engkau cari?
Wahai Si Pelarian,
Bilakah akan sampai ke destinasi?

Hai Si Pelarian,
Siapalah dirimu itu…

Wahai Si Pelarian,
Jadilah pelarian malam,
Yang menulis surat sebelum terbit fajar,
Dengan menggunakan tinta air mata,
Di tulis di atas kertas pipi
Di alamatkan kepada yang Maha Tinggi..

Betapa kelam malam,
Mengundang salju kasih-Nya,
Dan si pelarian malam,
Menemui pencariannya,
Tuhan…
Aku ingin menjadi,
Purnama yang merindu..