Wednesday, August 12, 2009

HaRi KonVOkEsyEn UsM

Bermula pada minggu ini, merupakan Hari Konvokesyen USM… Pasti suasananya meriah seperti tahun-tahun yang lepas..

TaHniAh di ucapkan kepada mereka yang menyambut konvokesyen..

Di sini, ana ingin menceritakan sedikit tentang peristiwa yang berlaku ketika konvokesyen tahun lepas (2008).. Peristiwa ni, Hmmmm.. nak dikatakan sedih, tak jugak.. tapi mungkin ada yang kecewa pada hari tersebut..

Ketika itu ana and semua kawan se’course’ ana serta beberapa course yang lain berada di dalam DTSP (Dewan Tunku Syed Putra) untuk menerima sijil.. Apabila majlis penyampaian sijil berlangsung, ana melihat setiap graduan tenang dan tidak kelihatan riak nervous pada wajah mereka. Tapi, yang nervous nya adalah MC (yang memanggil nama para graduan satu persatu). Dan disinilah bermulanya cerita yang tak berapa sedih ni…


ketika dipertengahan majlis penyampaian sijil, MC tersebut telah tertukar nama para graduan.. Sepatutnya orang yang mengambil sijil adalah orang lain, tapi disebut dengan nama lain… Pada masa itu, ana tidak mengenali graduan yang naik ke pentas kerana mereka dari course yang berbeza, tapi ana mula perasan akan kesalahan itu apabila ana memerhatikan riak wajah dan cara para graduan berjalan agak teragak-agak.. Dan kesalahan nama itu berlarutan agak panjang..

Ada seorang gaduan, tidak mahu melangkah ke depan untuk menerima sijil kerana namanya disebut dengan nama orang lain. Mungkin juga graduan tersebuat ragu-ragu untuk melangkah atau merasakan bukan tiba giliran dirinya lagi walaupun ketika itu dialah yang berada di depan.. Akhirnya, terpaksa pekerja yang menjaga barisan menyuruhnya maju sahaja.. Semua hadirin dalam dewan perasan akan kesilapan itu, dan pastinya MC juga perasan tapi terpaksa meneruskan juga perjalanan majlis dengan penuh protocol tanpa berhenti sejenak…

Antara course yang paling akhir menerima sijil adalah course ana.. Apabila tiba giliran kami.. ana berdoa dalam hati agar kesalahan nama tersebut tidak berlaku pada kami.. Terdengar juga suara-suara kawan-kawan lain yang juga tidak mahu nama mereka dipanggil dengan nama orang lain.. Iyelah, detik itu adalah detik bersejarah di mana setiap nama dipanggil untuk menerima sijil, tambahan lagi dengan kehadiran ibubapa bagi setiap para graduan yang sememangnya terharu dengan kejayaan anak masing-masing. Jadi, panggilan nama yang betul itu sangat penting.. Dan, Alhamdulillah.. tidak berlakunya pertukaran nama ketika penyampaian sijil untuk course kami.. Tapi, kebanyakan dari kami dipanggil dengan sebutan yang salah (Nama betul tapi dengan sebutan yang salah) termasuklah nama ana.. Tu yang pelik tu.. nama ana cukup simple, tiada langsung putar belit lidah, tapi sebutannya tetap salah.. nama kawan-kawan ana yang lain ada yang disebut dua tiga kali untuk membetulkan sebutan.. Rasanya, MC ketika itu tengah nervous

Hmmm.. itulah kisahnya.. mungkin ada di kalangan para graduan, terutamanya yang disebut dengan nama yang salah berasa kecewa.. nampak sungguh dari riaksi wajah mereka ketika menerima sijil atas pentas sampailah turun ke bawah pentas.. huhu…

Walauapapun… USM tetap yang terbaik dan tetap dihatiku. Meninggalkan seribu kenangan suka dan duka…

Pada akhwat dan sesiapa sahaja yang graduate pada minggu konvokesyen ini.. HaPPy KonVoKeSyen… Yiieehh, TaHniAh.. :).. Kepada yang belum konvo lagi atau menambah sem.. ChAyO.. CHaYo.. Berusahalah bersungguh-sungguh..

Sedikit pesanan untuk yang dah konvo, tak kisah lepas ni nak cari kerja atau nak sambung belajar.. Jangan lupakan Tarbiyyah n Dakwah.. and kumpullah duit banyak-banyak untuk masa depan.. Akhwat pun kena kumpul duit, bukan para Ikhwah je… Manalah tahu kot-kot duit yang terkumpul tu boleh membantu membiayai bayaran hantaran dan kenduri kelak.. Wah.. (“,)

0 comments: