Thursday, November 19, 2009

Sebuah Kisah

Ku teringat sebuah kisah.. Kisah ini di kisahkan oleh seorang pengisi program, di mana pengisi itu mengisi sebuah ceramah yang bertajuk ‘CINTA’..

Pengisi tersebut menceritakan tentang bagaimana dirinya boleh bernikah dalam usia yang masih muda, masih belajar, dan tidak punya wang, tambahan lagi si pengisi tersebut adalah seorang lelaki… Pada mulanya, of course seperti yang disangka, family nya tidak setuju dengan proposal pernikahannya. Namun, tanpa berputus asa, dia terus me’lobi’ keluarganya sambil dibantu oleh rakan-rakannya yang lain.. Alhamdulillah, mungkin memang sudah sampai jodohnya, keluarganya setuju setelah dia puas berusaha. Akhirnya tarikh pernikahan sudah pun diputuskan oleh kedua-dua buah keluarga.

Tapi, masalah tidak sampai di situ sahaja. Tarikh penetapan pernikahan yang telah dibincangkan oleh si pengisi bersama keluarganya sebelum ini telah ditangguhkan oleh ibunya yang tercinta.. Setelah itu, tangguh lagi… dan lagi…dan lagi… Sehingga si pengisi tersebut sudah hilang sabar dengan tindakan ibunya yang dirasakannya tidak wajar, tambahan lagi dia ingin menjaga hatinya agar tidak melakukan maksiat..

Dengan tidak semana-mana, si pengisi tersebut berkata kepada ibunya dengan nada yang tinggi dan agak kasar, menjelaskan bahawa dia ingin bernikah cepat untuk menjauhkan dirinya daripada melakukan maksiat dan mengelakkan dosa.. Hati seorang ibu terguris, lalu menangis.. lantas ibunya membalas dengan berkata, “kononnya kamu (si pengisi) ingin bernikah untuk menjauhkan dosa dan maksiat, tapi adakah dengan meninggikan suara dengan ibu sendiri itu tidak berdosa?”..

Tersentak si pengisi tadi dengan kata-kata ibunya.. berlinangan air matanya kerana sedar akan kesilapan.. Lantas, dia memohon ampun dengan mencium tangan ibunya yang tercinta.. berlakulah adegan tagis-menangis, itulah antara moment yang menghayat hati si pengisi tersebut.. Oleh kerana berlakunya adegan itu, hatinya si ibu mula lembut dan tidak lagi ingin menangguh-nagguhkan pernikahan anaknya..

Akhirnya, si pengisi dengan pasangannya selamat diijab kabul tanpa mengguris hati mana-mana pihak..

ingatlah, jangan kita melakukan sesuatu dosa kerana untuk mengelak melakukan dosa yang lain. Tapi, berusahalah mencari jalan penyelesaian yang terbaik agar tiada sebarang dosa yang dilakukan..

Sungguh manusia itu bersifat lemah, dan tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan.. Bersama-samalah kita memperbaiki diri sendiri.. Untuk diriku terutamanya..

Wallahualam……