Friday, January 1, 2010

Ohh.. Life

Seronok rasanya melihat anak buah ku yang pertama (Hani Iman Qaisarah) dilahirkan ke dunia. Tapi pastinya yang lebih seronok adalah abang sulungku dan isterinya setelah 5 tahun menanti kehadiran sang anak.

Kini anak buahku, Hani Iman Qaisarah sudah berusia 4 bulan.. Comel pastinya.. Badannya debab, pipinya tembab, kulitnya putih, matanya sepet.. pendek kata, chinese look.. well, Chinese look macam makciknya jugak.. hehe. .






Semoga dia membesar menjadi anak yang solehah..

Hmmm.. ada perkara yang bermain difikiran ku.. Mungkin kebanyakan daripada mereka yang berada dalam lingkungan tarbiyyah dan mempunyai kefahaman serba sedikit tentang agama, dan sering mendengar ceramah atau membaca buku tentang kehidupan berumah tangga menurut islam dan peranan suami isteri, merasakan masing-masing mampu untuk menjadi suami/isteri yang soleh/solehah.. kerana apabila dibaca di dalam buku, ia seolah-olah mampu dilakukan, dan masing-masing akan membayangkan kehidupan yang harmoni penuh bahagia..


Mungkin pada teorinya kelihatan mudah.. Tapi, mungkin ia tidak semudah yang disangka, sepertimana sukarnya untuk menjadi anak yang soleh/solehah terhadap ibubapa, dan sepertimana sukarnya untuk menjadi hamba Allah yang taat. Seperti yang didengar atau dibaca di dalam buku, untuk menjadi anak yang soleh/solehah dan untuk menjadi hamba Allah yang taat juga pada teorinya mampu untuk dilakukan, tapi bila datang kepada praktikal sebenarnya tidak mudah..


Mungkin kesimpulan yang dapat ku buat, sesiapa yang mampu untuk menjadi anak yang soleh/solehah terhadap ibubapanya dan mampu untuk menjadi hamba Allah yang taat dan ikhlas, maka InsyaAllah, pastinya dirinya juga mampu untuk menjadi suami/isteri yang soleh/solehah kelak... Kerana bagiku, segala-galanya bermula dari diri sendiri.. Namun, hidayah Allah tetap akan diberikan kepada hambaNya yang terpilih..


There is a long journey for this short life,

To be a slave of God,

To be a son or daughter,

To be a husband or wife,

To be a dad or mom….

And all this titles needs us to be good..

A good slave of God,

A good son or daughter,

A good husband or wife,

A good dad or mom….

So hard, but all you need to do is just growing up and take all the responsibility,

But, it is only if your life is long enough to see all this things happen to you,

Well, what can I say, ‘life is short’,

So be Good, don’t wasting any….


1 comments:

UmmuFarhan said...

salam,
tahniah ukhti siti, dah ada anak buah..insyaAllah, nnt ada anak sendiri plak. Memang betul, praktik itu lebih payah dari berteori. Sekarang ini, akak sendiri sedang bermujahadah untuk menjadi isteri yg solehah dan ibu yng mithali. memang sukar. Dua perkara inilah yang menjadi azam tahun baru kali ini kerana merasakan diri ini sangat2 serba kekurangan. Dan yang paling utama disebalik semuanya ialah tentunya menjaga hubungan baik kita dengan Allah swt dan kedua orang tua kita. Wah sukarnya..huhu..may Allah guide us to the right pathway..insyaAllah