Monday, July 12, 2010

Paul was right AGAIN!!.. (KARUT)

Dalam artikel saya sebelum ini, saya membicarakan tentang Paul the Octopus yang telah membuat ramalan-ramalan tepat mengenai pasukan yang menang dalam perlawanan World Cup.. ada yang mengatakan Paul boleh melihat masa depan, dan ada pula yang mengatakan Paul lah yang menentukan masa depan dengan memilih pasukan manakah yang akan menang.. kerana itu ketika perlawanan semi-final di mana paul memilih Spain untuk menang dalam perlawanan menentang Germany, Paul telah menimbulkan kemarahan peminat-peminat bola sepak Germany.. Perdana Menteri Spain menawarkan untuk menghantar pasukan keselamatan ke Germany untuk melindungi Paul daripada dicederakan oleh peminat-peminat fanatic bola..


Adakah perkara seperti ini masuk dek akal?.. Mungkin bagi mereka yang fanatic bola juga merasakan perkara ini tidak masuk akal, tetapi oleh kerana kekecewaan dan kegilaan mereka terhadap bola menyebabkan kewarasan mereka hilang… Dari segi agama Islam pula, perkara ini adalah jauh dari kebenaran dan termasuk dalam perkara khurafat yang boleh menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah SWT.


Awal pagi tadi, sekali lagi ramalan Paul tepat, di mana Spain telah menjulang pingat '18-carat gold' sekaligus menjuarai World Cup 2010 mengalahkan Holland 1-0. Ramalan Paul ini juga telah menimbulkan kemarahan peminat-peminat bola Holland, dan mereka juga mengancam untuk membunuh Paul..







Adakah Paul yang bersalah??.. Paul hanyalah seekor octopus.. Namun jika keadaan sebegini berterusan, dimana Si Paul masih digunakan sebagai peramal masa depan atau penentu masa depan, maka kematian Paul adalah lebih baik……


Beginilah dunia, ketika hampir seluruh mata masyarakat dunia tertumpu dan terleka kepada sesuatu perkara, maka di situlah syaitan mula memainkan peranannya iaitu menyesatkan lagi umat manusia, walaupun untuk mereka yang bukan beragama islam, kerana itu juga adalalah salah satu tujuan syaitan agar mereka terus jauh dari jalan kebenaran.. Semoga kita semua terpelihara daripada apa jua jenis tipu daya syaitan..




0 comments: