Friday, July 9, 2010

Worl Cup 2010 : Paul The Octopus..

Musim World Cup hampir sampai ke penghujungnya.. kumpulan yang akan bertanding dalam ‘Final Match’ nanti seperti yang diketahui ramai adalah tak lain tak bukan Netherlands Vs Espana ataupun lebih dikenali Holland Vs Spain atau Belanda Vs Sepanyol.. Bagaimana bagi mereka yang meminati bola? Berpuas hati dengan kumpulan yang memasuki Final? Ataupun masih kecewa dengan kekalahan Brazil yang memiliki world class player seperti Kaka, kecewa dengan kekalahan England yang memiliki pemain ternama Rooney, kecewa dengan Argentina yang memiliki pemain yang memenangi gelaran FIFA Player of the year Lionel Messi, ataupun kecewa dengan kekalahan Portugal yang memiliki pemain termahal dunia Cristiano Ronaldo?.. Well, Dutch dan Spaniard tidak kurang hebatnya. Mungkin lebih ramai yang menjangkakan Spain akan menjuarai WC 2010 kerana mereka memiliki lebih ramai ‘quality players’ berbanding Holland. Spain termasuk dalam kumpulan favourite yang akan memenangi WC kerana kejayaan mereka sebelum ini memenangi UEFA Euro 2008.


Saya bukanlah peminat bola sepak, but my brothers are. Mendengar mereka berbicara tentang bola dan memberi ulasan sendiri apabila menonton perlawana bola sepak sudah cukup memberikan saya serba sedikit ilmu mengenai bola dan juga pemainnya.


Di sini saya bukanlah ingin berbicara panjang mengenai team bola sepak ataupun pemain-pemainnya.. tetapi di sini saya ingin berbicara mengenai Paul The Octopus.. Siapakah dia Paul The Octopus? Bagi mereka yang mengikuti perkembangan WC pasti pernah mendengarnya. Paul adalah sejenis Octopus (Octopus yang diberi nama Paul).. Paul adalah Octopus yang paling pupular di Jerman. Apakah kelebihan Paul The Octopus ini?? Paul adalah octopus yang memiliki kuasa psyhic (itu yang mereka kata) kerana ia telah Berjaya mem’predict’ kumpulan manakah yang akan menang dalam pertandingan WC yang melibatkan team Germany. Antara prediction Paul sebelum ini ialah Germany akan menang menentang England, dan jangkaan Paul itu betul. Paul juga telah men’predict’ bahawa Germany akan menang menentang Argentina, dan prediction itu betul lagi.. dan sebelum perlawanan semis antara Germany dan Spain, Paul telah mem’predict’ bahawa Spain akan menang, dan sekali lagi ramalan itu betul. Setakat ini Paul telah meramal 6 perlawanan Germany dan kesemua prediction Paul 100% terbukti benar.

Paul The Octopus


Untuk perlawanan Final nanti, Paul meramalkan bahawa Spain akan menjuarai WC 2010 mengalahkan Holland, cuma timbul tanda tanya adakah ramalan paul kali ini tepat kerana sebelum ini Paul hanya mem’predict’ perlawanan yang melibatkan Team Germany, tambahan lagi, sebelum ini ketika perlawanan UEFA Euro 2008, kesemua ramalan Paul juga tepat kecuali ketika perlawanan Final di mana Paul memilih Germany tetapi akhirnya Spain yang menjuarai Euro 2008. Mani The Parakeet pula mempunyai ramalan yang berbeza dengan Paul, Mani meramalkan Holland yang akan menjuarai WC. Sebelum ini Mani telah Berjaya meramalkan dengan tepat pasukan yang menang dalam quarter-final dan semi-final. Untuk perlawanan tempat ke-3 WC antara Germany dan Uruguay pula, kedua-dua Paul dan Mani meramalkan Germany menang.


Mani the Parakeet

Paul telah mendapat perhatian seluruh dunia kerana ramalan tepatnya itu, tertutamanya kaki-kaki judi seluruh dunia. Di negara Barat, kebanyakan rakyatnya tidaklah terlalu percaya kepada perkara-perkara karut sepertinya di Asia yang mana bomoh dan dukun sangat popular.. tetapi apabila melibatkan bola sepak dan pertaruhan, maka samada di Barat ataupun Asia, ramai yang mempercayai Paul. Mungkin kerana ia melibatkan wang dan keuntungan berlipat ganda. Tidak terkecuali juga bagi umat Islam, ramai yang bertaruh wang dan harta benda untuk bola sepak.. dan perkara seperti inilah yang akan merosakkan akidah setiap muslim. Bertaruh sahaja sudah menjadi satu dosa besar, mempercayai perkara karut pula menyebabkan dosa syirik yang mana dosa ini tidak ada pengampunannya (kecuali dengan bertaubat).

Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (sembelihan untuk) berhala, mengundi nasib menggunakan anak panah, adalah najis dari perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan arak dan berjudi itu, dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (daripada perbuatan-perbuatan itu itu)”. (Al-Maidah (5): 90-91)


Firman Allah lagi yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni dosa yang lain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya(An-Nisa’ (4): 48 & 116)


Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sabdanya Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud:

Percaya kepada burung itu syirik, percaya kepada burung itu syirik, dan tiada seorang pun dari kita melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetapi Allah akan menghilangkannya dengan tawakkal.” Burung yang disebutkan sebagai contoh termasuk seperti biawak, gagak, kelicap). (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)


Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:

Siapa yang mendatangani ‘Arraf lalu menanyakan sesuatu dan membenarkannya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari(Riwayat Muslim dan Ahmad).


Telah jelas peringatan-peringatan yang diberikan oleh Allah SWT dan juga Rasul-Nya tentang dosa-dosa berjudi san syirik.. Oleh itu, janganlah kita mendekati perjudian dan perkara khurafat.. Sememangnya, siapa yang tidak tahu bola sepak adalah satu perlawanan yang berjaya menarik paling ramai penduduk dunia untuk berjudi, dan menjanjikan pulangan kewangan yang berlipat ganda jika menang pertaruhan, dan tidak kurang juga menjanjikan paling banyak kerugian.. Lihat sahaja penonton-penonton bola sepak di negara barat terutamanya, mereka berpesta bagai orang gila apabila pasukan yang disokong menang dalam perlawanan, dan berpeluh dan menangis bagai nak pengsan apabila pasukan mereka kalah. Kerana apa? kerana kebanyakan mereka bertaruh dalam perlawanan.. sekali lagi, kebanyakan, bukannya semua..



0 comments: