Friday, October 10, 2008

Berfikiran terbuka..

TAZKIRAH: PASTIKAN DI LORONG YANG BETUL.

http://drmaza.com/home/?p=432

“Adalah tidak mustahil nasib politik pro-Islam akan dipersia-siakan apabila pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka. Sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.

Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.
Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.

Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.

Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.

Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.

Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.
Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.

Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.

Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:

(maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75).

………………………………………………………………………………………………

AL-KISAH

Kisahnya bermula apabila.. jeng..jeng.. jeng.. ;) Ketika pilihanraya kampus, semua calon yang bertanding tengah sibuk berkempen. Beberapa orang geng pula tengah pening kepala tak tahu nak mengundi siapa, adakah mereka patut mengundi atau tidak perlu mengundi kerana geng-geng ini adalah mereka yang berada ditengah-tengah. Lama Maimunah berfikir, akhirnya dia berpendapat bahawa keputusan mengundi adalah lebih baik

“Rasanya pilihanraya kali ini kita perlu mengundi ke?” tanya Maimunah kepada Zainab. Sengaja Maimunah bertanya kepada Zainab untuk mengetahui apa jawapan yang bakal Zainab berikan. “perlu kot, sebab sebelum ini kita dikatakan HT sebab kita tak mengundi” jawab Zainab. Maimunah mengangguk-angguk kepala, kemudian berkata “Betul, ana pun memang terfikir yang kita patut mengundi”.Maimunah selaku ketua masyuarah merasakan dia perlu membuat satu keputusan.

Dipendekkan cerita, satu arahan telah diberikan agar semua ahli geng mengetahui siapa calon pilihanraya kampus dan juga calon bagi setiap school/fakulti, agar pemilihan yang bijak dapat dilakukan. Sesudah itu, semua ahli geng berkumpul, tapi geng-geng tersebut berkumpul atas sebab yang lain, dan kesempatan itu digunakan oleh Maimunah untuk menyampaikan sesuatu tentang pilihanraya kampus. Sebelum semua ahli geng tersebut berkumpul, Jijah memanggil Maimunah. “Saya rasa kita patut mewajibkan semua geng untuk mengundi sebab ini adalah tanggungjawab kita, saya dah survey semua calon-calon pilihanraya univ dan calon bagi setiap school” kata Jijah. “Betul tu, saya pun memang nak buat macam tu, buat apa kita asyik komplain itu tak boleh, ini tak boleh dan menyalahkan kepimpinan sedangkan kita sendiri tidak memilih pemimpin yang betul” Balas Maimunah. Jijah dan Maimunah pun terus berbincang, dan mereka berdua merasakan perlu untuk memilih calon yang berkeinginan untuk menegakkan ajaran islam di kampus. Maimunah bertambah yakin dengan keputusannya kerana Zainab dan Jijah, yang kedua-duanya adalah ahli masyuarah juga berfikiran yang sama dengannya.

Apabila semua geng-geng telah berkumpul, Maimunah pun memulakan bicara. Menyampaikan semua amanat-amanat yang diberikan, setelah selesai, barulah Maimunah mengambil kesempatan untuk menyampaikan sesuatu tentang piliharaya. “Kita semua kene mengundi… bla..bla..bla.. pilihlah calon yang yang mempunyai fikrah yang baik dan berkeinginan menegakkan islam… bla..bla..bla.. (memberi nasihat dan menyatakan sebab-sebab kenapa perlu mengundi dan siapa yang perlu diundi)…” Perbincangan berlaku antara semua geng..

“Macam mana kalau takde calon kat school dari kelompok mereka yang ingin menegakkan islam?” Tanya salah seorang ahli geng. “Calon yang bertanding untuk jd pemimpin univ dari kelompok islam cuma ada 5 orang shj, sedangkan syarat mengundi perlu menanda 6 orang, seorang lagi siapa harus kita pilih?” Tanya ahli geng yang lain. Berlakulah lagi perbincangan, kalau menanda 5 orang sahaja undi akan jadi rosak dan tak diterima, sia-sia jelah mengundi.

“yang seorang lagi tu kita pilihlah dari calon inspirasi yang mempunyai fikrah islam yang lebih baik” Jijah memberi pendapat. “Ya, tak semua ahli inspirasi tu jahat, kita pilihlah yang terbaik.. bla..bla..bla” Maimunah setuju dengan Jijah. “Macam mana kita nak tahu dia tu ada fikrah islam” Tanya seorang lagi ahli yang masih dalam penasaran. Kemudian seorang geng pulak tampil memberi pendapat “Ni bagi pendapat sayalah, memang susah kita nak tahu yang mana satu calon inspirai yang mempunyai fikrah yang beh baik, jadi apa kata calon yang 5 orang dari kelompok islam itu kita conform undi, dan seorang lagi yang tinggal tu, kita jangan state kan siapa, terpulang pada kita siapa calon inspirasi yang kita nak pilih sebab nanti kalau kita dah tetapkan siapa calon inspirasi tu, takut nanti dia akan menang, kita ramai ditambah lagi dengan students yang memilih calon yang sama nanti keberangkalian untuk dia menang lebih tinggi. Yang penting calon 5 orang ni kita patut undi sama-sama, kita ramai mungkin kita dapat tolong mereka.”

Perbincangan diteruskan lagi dan lagi, berlaku juga perselisihan pendapat dan ketidaksepakatan terutamanya dikalangan ahli masyuarah. Setelah beberapa lama, semua setuju untuk mengundi. Cuma seperti biasa, ada juga yang bertanya “Kalau tak mengundi macam mana? Kene denda ke?”

Setelah selesai mengundi, pada suatu hari, tiba-tiba Maimunah dan ahli masyuarah yang lain dipanggil oleh pendidik mereka yang mereka sangat sayangi dan sangat hormati. Rupanya pendidik mereka sudah diberitahu oleh salah seorang geng tentang perbincangan pilihanraya yang berlaku sebelum itu. Teguran diberikan oleh pendidik mereka atas perbincangan pilihan raya yang berlaku itu. Pendidik mereka mengatakan yang mengundi tidak sepatutnya diwajibkan, terpulang samada hendak mengundi atau tidak. Tentang pemilihan seorang calon inspirasi kerana calon dari kelompok islam sudah tiada, pendidiknya mengatakan bahawa satu kesilapan apabila mereka (ahli masyuarah) berfikiran untuk memilih calon inspirasi yang mempunyai fikrah islam yang lebih baik kerana pendidik mereka berpendapat, jika seseorang itu berada dalam kelompok Tagut, maka orang itu pasti akan terikut dengan kelompok Tagutnya dan tidak mungkin akan dapat menegakkan Islam. Pendidik mereka memberitahu yang adanya usaha agar geng sendiri bertanding dalam pilihanraya kampus. Jika ada geng sendiri yang bertanding, ketika itulah semua mengundi agar calon daripada geng sendiri boleh menang.

Pendidiknya juga menyatakan kepelikannya kenapa ‘geng perempuan’ begitu beria-ia sangat untuk mengundi sedangkan ‘geng lelaki’ tak kecoh langsung pun tentang perkara ni. Kemudian, pendidik mereka juga menegur kerana berlakunya ketidaksepakatan diantara ahli masyuarah dalam perbincangan pilihanraya yang telah berlalu, kerana sepatutnya ahli masyuarah lah yang dahulu sepakat kerana semua geng yang lain pasti akan melihat dan menilai sejauh mana ahli masyuarah ini mampu membuat keputusan untuk sesuatu perkara yang lebih besar nanti. Pendidik mereka menegur dengan lembut, tidak sama sekali meninggikan suara dan tidak sama sekali menyalahkan sesiapa, inilah salah satu perkara yang menyebabkan mereka begitu hormat kepadanya.

Walaubagaimanapun, Maimunah sempat menjelaskan kepada pendidiknya bahawa dia tidak menggunakan perkataan ‘wajib’ mengundi tapi dia menggunakan perkataan ‘kene’ mengundi, walaupun di dalam hati Maimunah seperti nak mewajibkan sahaja tapi Maimunah risau mungkin ada diantara geng yang tak dapat mengundi, kerana Maimunah tidak suka sangat untuk mendenda.

Maimunahlah yang paling terasa diatas teguran itu, walaupun pada mulanya agak terkejut macam mana pendidiknya boleh tahu sedangkan dia selaku ketua mesyuarah belum pun membeitahu kepada pendidiknya itu lagi. Ada yang lebih dahulu memberitahu kepada pendidiknya. Bukan niat Maimunah untuk mahu berahsia kerana mana mungkin dia boleh berahsia tentang perkara ini, cuma Maimunah merasakan yang apa yang dilakukannya tidak salah dan dia juga tidak menyangka bahawa pendidiknya tidak bersetuju dengan keputusannya. Walaubagaimanapun, Maimunah tetap mengaku kesalahan kerana tidak berlakunya kesepakatan dalam ahli masyuarah, Maimunah sedar cara yang terbaik ialah dia bermasyuarah dahulu dengan ahli masyuarah kemudian baru membincangkannya dengan ahli geng yang lain.

Ketika ahli masyuarah itu ditegur oleh pendidik mereka.. Hati Maimunah bergolak, dia sedar ketidaksepakatan diantara ahli masyuarah itu tidak sepatutnya berlaku, tapi dia tetap merasakan yang tindakannya menyuruh geng mengundi adalah tidak salah, dan dia juga tetap merasakan yang pemilihan seorang calon inspirasi yang mempunyai fikrah islam itu tidak salah. Bila agaknya harus menunggu geng sendiri bertanding? Kerana hakikatnya sekarang ini belum ada.

Di dalam hati Maimunah membantah, dia melihat satu persatu wajah ahli masyuarah yang bersetuju dengan pendapatnya sebelum ini, mereka semua tertunduk, kelihatannya seperti mengakui segala kesilapan. “Saya rasa saya yang salah sebab saya ada memberi pendapat pada Maimunah supaya semua geng wajib mengundi” Kata Jijah menyatakan penyesalannya. Mendengar penyesalan Jijah, Maimunah cuma tunduk, diam seribu bahasa tidak mengeluarkan walau sepatah pun bantahan, kagum dengan kestiqahan ahli masyuarah yang lain. Maimunah bermonolog di dalam hati “Akukah yang salah kerana berfikiran seperti ini?” “Ya, akulah yang salah kerana tak tsiqah.” Inilah yang menyebabkan Maimunah terus berdiam diri dalam semua perkara, terus keliru dan akhirnya menekan diri sendiri.

Akhirnya, Maimunah sedar bahawa berdiam diri hanya akan memakan diri sendiri, kerana setiap pendapat/fikrah yang difikirkan benar harus dilafazkan, walaupun mungkin tidak diterima tapi, at least kita mencuba. Maimunah tidak menyalahkan sesiapa, kerana jauh disudut hatinya, dia menyayangi semua geng dan pendidiknya. Mana mungkin dia dapat melupakan segala didikan, tunjuk ajar dan pengalaman yang telah diberikan oleh geng dan pendidiknya kepadanya.. hanya Allah yang dapat membalasnya..

………………………………………………………………………………………………

KESIMPULAN

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam yang sangat hebat, Hassan Al-Banna pengasas IM adalah diantara tokoh dakwah yang sangat saya kagumi, kata-kata Hassan Al-Banna sentiasa menjadi inspirasi dalam menempuh kehidupan ini. Namun, kita sudah pasti tidak ingin kejadian yang berlaku antara IM dengan Jamal Abd al-Nasir berlaku sekali lagi. Sememangnya jalan dakwah tidak akan sunyi dengan liku-liku dugaan dan pengorbanan, tapi setiap peristiwa yang berlaku harus dijadikan pengajaran.

Cuba difikirkan sendiri kaitan antara Tazkirah:Pastikan di Lorong Yang Betul dan Al-kisah di atas… setiap gerakan pro-islam haruslah berfikiran lebih terbuka dalam menyingkapi segala sesuatu dan bukan hanya melihat pada jemaah/kelompok sahaja, kerana setiap diri individu tidak dilihat daripada jemaah/kelompoknya, tapi dilihat daripada akidahnya. Mungkin ramai sahaja orang seperti Jamal Abd al-Nasir, sanggup berbai’ah untuk menegakkan islam tapi sebenarnya hanya menggunakan islam sebagai pakaian dan akan menanggalkannya apabila sudah tidak diperlukan. Tambahan lagi dengan situasi politik Negara yang kian pincang dan semakin lama semakin mengelirukan, dengan sikap manusia zalim.. Fikirlah dengan lebih terbuka, buka minda seluas-luasnya.. dan fikirkanlah sendiri dan berdoalah agar Islam kembali tegak di mata dunia.

No comments: