Ramadhan, bulan yang dinanti kini menjelma kembali. Bagi seorang mukmin, sudah pasti bulan ini akan digunakan untuk beribadah dengan sepenuh hati, ikhlas hanya untuk si pencipta bulan Ramadhan iaitu Allah Azza wajalla (22:31). sungguh tidak terkira nikmat dan kasih sayang yang Allah swt berikan kepada hamba-Nya.. Allah sama sekali tidak pernah jemu memberi kita pahala sehinggalah hari kiamat tapi kita hamba-Nya yang hina pula yang jemu mendambakan pahala Allah. Mana tidaknya, di bulan yang penuh dengan kasih sayang Allah ini, ada juga insan yang sanggup melakukan maksiat kepada Allah.. apakah perasaan kita jika kita memberi kasih sayang yang tidak terhingga kepada seseorang lalu dibalas dengan pengkhianatan? Sungguh manusia adalah makhluk yang zalim (33:72).
Akhwat fillah/ ikhwah fillah yang dihormati
Kita telah meletakkan diri kita di posisi pendakwah, pejuang agama, jadi jangan sekali-kali kita membiarkan bulan ramadhan berlalu dengan sia-sia. Mohonlah pertolongan dan petunjuk Allah sentiasa. Masalah-masalah yang melanda seorang pendakwah bukannya sedikit, kadang-kadang ia menyesakkan dada sehingga sukar untuk bernafas tenang, dan menyempitkan jiwa sehingga sukar untuk menerima kenyataan.
Kadang-kadang masalah yang datang melanda adalah dari kesalahan diri kita sendiri. Mungkin kata-kata seorang murobbi/yah itu sendiri yang menyebabkan mutarabbinya berkecil hati, memendam rasa dan semakin lama semakin menjauh. Bila masalah seperti ini berlaku, si murobbi/yah akan mengatakan yang mutarabbinya tidak memahami, manakala dari pihak mutarabbi pula mengatakan murobbi/yah lah yang tidak memahami dirinya, akhirnya masing-masing sudah tidak lagi sehaluan, maka runtuhlah ke stiqahan. Lalu, bila berada dalam halaqah, ruh halaqah itu tidak lagi dirasai. Masalah seperti ini bukannya masalah baru tapi masalah yang sering berlaku. Masalah ini boleh berlaku tanpa kita sedari bila ia bermula.
Akhwat fillah/ ikhwah fillah sekalian..
Setiap individu akhwat dan ikhwah itu pasti ada kelemahan dan kekurangannya. Bisa sahaja berlaku apabila seorang akhwat/ikhwah menemui kekurangan ataupun menemui sikap jelek akhwat/ikhwah yang lain, menyebabkan timbulnya rasa benci. Ya, bisa saja seorang akhwat/ikhwah itu seorang yang cepat marah dan lambat sejuk, seorang yang ego dan sukar untuk terima pendapat, seorang yang biasa bercakap dengan nada yang kasar, seorang yang boros berbelanja, seorang yang sering mengikut emosi/nafsu daripada akal, seorang yang kurang jujur dalam berkata-kata, seorang yang besar kepala seolah-olah dialah saja yang betul, dan pelbagai lagi sikap yang tidak elok yang terfikir dalam fikiran seorang akhwat/ikhwah yang sedang menilai. Namun, tidakkah kita sedar bahawa diri kita juga mempunyai 1001 kekurangan? dan mungkin juga kita sendiri mempunyai sikap jelek yang sukar dikikis, hanya saja mereka yang lain tidak mengetahuinya.
Sebagai seorang yang bergelar akhwat/ikhwah sudah pasti kita berusaha untuk membuang segala sisa-sisa jahiliah yang masih ada dalam diri kita, Cuma ia memerlukan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh. Oleh itu, jika kita mengetahui kekurangan dan keaiban akhwat/ikhwah, kita jangan membenci tapi menasihatinya dengan cara yang baik, kita harus yakin bahawa akhwat/ikhwah itu pasti berusaha untuk membuang sikap jeleknya, kita harus mendoakan kebaikan untuk semua akhwat/ikhwah dan bukan sebaliknya. Jangan kita tanam sikap benci terhadap rakan seperjuangan kita, jangan kita berterusan su’udzhon (berburuk sangka) terhadap rakan kita kerana boleh jadi suatu hari nanti rakan yang dahulunya kita benci kerana sikapnya, akhirnya menjadi seorang pahlawan sejati, malah menjadi contoh teladan dan sejarah dalam kehidupan pahlawan yang lain.
Ukhti fillah/ akhi fillah yang disayangi kerana Allah
Setiap dari kita haruslah bersikap adil dalam menangani pelbagai permasalahan. Jika berlaku sebarang pertelingkahan antara akhwat/ikhwah kita, jangan sama sekali kita berat sebelah dalam menilai kebenaran, apatah lagi jika pertelingkahan itu berlaku antara akhwat/ikhwah kita sesama sendiri yang berada dalam kelompok yang sama (49:10). Apabila kita berada di tengah-tengah keadaan ini, kita harusnya mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak barulah kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.. mungkin akan kita dapati kedua-duanya benar.. ataupun mungkin kedua-duanya salah.. tidak seharusnya kita berat sebelah, kita sepatutnya menyayangi kedua-dua pihak yang bertelingkah kerana bukankah kedua-duanya adalah rakan seperjuangan kita? Adalah tidak wajar seorang akhwat/ikhwah menyebelahi satu pihak dan akhwat/ikhwah yang lain menyebelahi satu pihak yang lain, jika ini berlaku, akhirnya pertelingkahan takkan selesai malah akan timbul pula pertelingkahan yang baru diantara pihak yang menyebelahi tadi.
Jika berlakunya situasi di mana kita hanya boleh mendengar penjelasan daripada sebelah pihak sahaja, maka kita haruslah usuzhon (berbaik sangka) dengan pihak yang satu lagi yang kita tidak dapat mendengar penjelasannya atas sebab2 yang tertentu. Jangan sama sekali kita ajar akhwat/ikhwah untuk membenci sesama sendiri tapi nasihatilah ia. Seperti yang disebutkan sebelum ini, kita hendaklah menerima kelemahan dan kekurangan diri akhwat/ikhwah dan berdoalah untuk kebaikan akhwat/ikhwah kita.
Ukhti fillah/ akhi fillah yang dirahmati Allah.
Sempena bulan ramadhan yang penuh barakah ini, sama2 lah kita berdoa dan perbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT. kita mohon agar Allah mengampunkan segala kesilapan kita yang lalu, mohon petunjuk daripada Allah agar kita dapat mengharungi masa yang mendatang dengan lebih baik lagi. Semoga kesilapan yang kita lakukan dahulu akan menjadikan kita insan yang lebih matang dan cemerlang (3:135) (39:53) (9:102).
Semoga diri kita terpilih menjadi hamba-Nya yang mewarisi syurga.. semoga Allah mengizinkan kita melihat wajah-Nya yang indah dan wajah rasul-Nya yang mulia di syurga yang paling tinggi iaitu syurga firdausi.. tiada yang dapat menggambarkan keindahan saat melihat wajah Allah SWT dan Nabi SAW, maka marilah kita sama-sama menunggu saat itu dengan penuh kesabaran.

No comments:
Post a Comment