Thursday, November 19, 2009

Sebuah Kisah

Ku teringat sebuah kisah.. Kisah ini di kisahkan oleh seorang pengisi program, di mana pengisi itu mengisi sebuah ceramah yang bertajuk ‘CINTA’..

Pengisi tersebut menceritakan tentang bagaimana dirinya boleh bernikah dalam usia yang masih muda, masih belajar, dan tidak punya wang, tambahan lagi si pengisi tersebut adalah seorang lelaki… Pada mulanya, of course seperti yang disangka, family nya tidak setuju dengan proposal pernikahannya. Namun, tanpa berputus asa, dia terus me’lobi’ keluarganya sambil dibantu oleh rakan-rakannya yang lain.. Alhamdulillah, mungkin memang sudah sampai jodohnya, keluarganya setuju setelah dia puas berusaha. Akhirnya tarikh pernikahan sudah pun diputuskan oleh kedua-dua buah keluarga.

Tapi, masalah tidak sampai di situ sahaja. Tarikh penetapan pernikahan yang telah dibincangkan oleh si pengisi bersama keluarganya sebelum ini telah ditangguhkan oleh ibunya yang tercinta.. Setelah itu, tangguh lagi… dan lagi…dan lagi… Sehingga si pengisi tersebut sudah hilang sabar dengan tindakan ibunya yang dirasakannya tidak wajar, tambahan lagi dia ingin menjaga hatinya agar tidak melakukan maksiat..

Dengan tidak semana-mana, si pengisi tersebut berkata kepada ibunya dengan nada yang tinggi dan agak kasar, menjelaskan bahawa dia ingin bernikah cepat untuk menjauhkan dirinya daripada melakukan maksiat dan mengelakkan dosa.. Hati seorang ibu terguris, lalu menangis.. lantas ibunya membalas dengan berkata, “kononnya kamu (si pengisi) ingin bernikah untuk menjauhkan dosa dan maksiat, tapi adakah dengan meninggikan suara dengan ibu sendiri itu tidak berdosa?”..

Tersentak si pengisi tadi dengan kata-kata ibunya.. berlinangan air matanya kerana sedar akan kesilapan.. Lantas, dia memohon ampun dengan mencium tangan ibunya yang tercinta.. berlakulah adegan tagis-menangis, itulah antara moment yang menghayat hati si pengisi tersebut.. Oleh kerana berlakunya adegan itu, hatinya si ibu mula lembut dan tidak lagi ingin menangguh-nagguhkan pernikahan anaknya..

Akhirnya, si pengisi dengan pasangannya selamat diijab kabul tanpa mengguris hati mana-mana pihak..

ingatlah, jangan kita melakukan sesuatu dosa kerana untuk mengelak melakukan dosa yang lain. Tapi, berusahalah mencari jalan penyelesaian yang terbaik agar tiada sebarang dosa yang dilakukan..

Sungguh manusia itu bersifat lemah, dan tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan.. Bersama-samalah kita memperbaiki diri sendiri.. Untuk diriku terutamanya..

Wallahualam……

Saturday, September 19, 2009

Eid Mubarak


'Taqabbalallahu minna waminkum (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)'..

Eid Mubarak buat semua yang membaca blog ini.. Di sini, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukan samada sengaja atau tidak sengaja.. Semoga Ramadhan yang telah berlalu meninggalkan seribu makna dan menjadi Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui, dan Aidilfitri kali ini menjadi satu tanda kemenangan buat diri kita kerana telah berjaya melalui Ramadhan dengan berjaya.. Aminn..

Bergembiralah di Aidulfitri dengan laungan takbir kemenangan..

Wednesday, September 16, 2009

Selamat ber ‘qiyamullail’ di malam Laila al-Qadar..
















“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam (Lail) al-Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam (lail) al-Qadar? Malam (lail) al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turunlah malaikat jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar” (al-Qadar (97): 1-5).

Surah di atas sebuah surah khusus yang diturunkan oleh Allah SWT tentang keistimewaan Lailatul Qadar. Antara keistimewaan malam Lailatul Qadar seperti yang dijelaskan di dalam surah tersebut ialah 1) Allah menurunkan Al-Quran pada malam ini. 2) Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. 3) Para malaikat termasuk malaikat jibril turun membawa ketetapan bagi segala urusan dalam kehidupan

“carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan” (Sahih: dikeluarkan oleh Bukhari di dalam sahihnya)

“Carilah pada sepuluh malam terakhir, yakni Lailatul Qadar. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah ia kalah (putus asa) pada baki tujuh malam yang terakhir” (Sahih: dikeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya)

Mulai sepuluh malam terakhir bulan ramadhan, kita digalakkan untuk memperbanyakkan solat malam (qiyamullail). A’isyah (ra) menerangkan bahawa rasulullah saw apabila memasuki 10 malam terakhir, baginda mengasingkan diri daripada isterinya (tidak bersetubuh) dan menghidupkan waktu malam dengan qiyamullail. Baginda juga membangunkan keluarganya untuk turut berqiamullail. (Sahih Muslim)

A’isyah ra juga menerangkan bahawa dia pernah bertanya kpd Rasulullah saw “Wahai Rasulullah, apakah pendapatmu apabila aku mendapati satu malam daripada lailatul qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan?” Rasulullah menjawab:"Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni" (Ya, Allah, sesungguhnya Engkau adalah yang maha Pengampun lagi Maha mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku) [sahih: dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di salam sahih sunan Ibn Majah]

Qiamullail seperti yang kita tahu adakah perkara sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan bagi mereka yang ingin mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malah juga pada bulan lainnya.

“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadah kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri” (Al-Furqan: 64).

“Keadaan yang membuat hamba paling dekat dengan Rabbnya ialah ketika dia dalam keadaan sujud. Maka perbanyakkanlah doa (saat sujud itu)” (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu daud dan al-Nasa’i)

Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud dari Nabi SAW baginda bersabda:
“Rabb kita takjub terhadap dua orang, iaitu terhadap seseorang yang meninggalkan tempat tidur dan selimutnya di antara keluarga dan orang yang dicintainya untuk mengerjakan solat. Maka Allah berfirman: “Lihatlah hamba-hamba-Ku yang meninggalkan tempat tidur dan selimutnya di antara orang yang dicintainya dan keluarganya untuk mengerjakan solat, kerana menyukai apa yang ada di sisi-Ku dan takut apa yang ada di sisi-Ku." Begitu pula seseorang yang berperang di jalan Allah, yang rakan-rakannya mengalami kekalahan dan dia tahu apa yang akan terjadi padanya dalam kekalahan dan apa yang didapatinya jika kembali. Maka ia kembali hingga darahnya tertumpah. Maka Allah berfirman: “Lihatlah hamba-Ku yang telah kembali, kerana mengharapkan apa yang ada di sisi-Ku dan takut apa yang ada di sisi-Ku, hingga darahnya tertumpah”

Kedua-dua orang yang disebutkan di atas, sama-sama berjihad dan berjuang. Yang pertama, berjuang menghabiskan waktu malamnya untuk mencari keredhaan Allah. Yang kedua, berjihad mengorbankan jiwa hingga darahnya tertumpah ke bumi.

Allah telah menyifatkan orang-orang yang bertaqwa dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka disana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam untuk mereka tidur. Dan pada waktu malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar (memohon ampun) kepada Allah” (Adz-Dzaariyat: 15-18)

Abu Malik al-Asy’ari bertanya:
“Diperuntukkan bagi siapakah syurga itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Bagi orang yang berkata baik, memberi makanan dan yang mendirikan solat malam ketika manusia sedang tidur” (Diriwayatkan al-Hakim)

Abdullah bin Salam berkata:
“Ketika pertama kali Rasulullah SAW menjejakkan kaki di Madinah, maka orang berkerumun mengelilingi baginda, dan aku termasuk mereka yang berkerumun. Setelah kuamati dan kuperhatikan wajah baginda, maka aku tahu wajah itu bukanlah wajah pendusta. Perkataan yang pertama kali ku dengar daripada baginda ialah: “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, jalinlah hubungan persaudaraan dan solatlah pada waktu malam ketika manusia tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan sejahtera” (Diriwayatkan Ahmad dan al-Tarmidzi)

Berdasarkan daripada firman Allah SWT dan kalam Rasulullah SAW, ganjaran yang besar Allah SWT berikan kepada hamba-Nya yang sentiasa mengutamakan qiyamullail dalam kehidupannya seharian. Kita tidak dapat membayangkan bagaimana pula besarnya ganjaran yang Allah berikan jika kita melakukan qiyamullail pada Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan dan penuh dengan keistimewaan. Malam yang diberikan kpd hamba-Nya yang terpilih, jadi berusahalah untuk menjadi insan terpilih itu..

Selamat ber ‘qiamullail di lailatul qadar..

(Rujukan: Amalan-amalan di bulan Ramadhan, Hafiz Firdaus Abdullah; 12 peribadi cemerlang ibadurrahman:ciri yang disebutkan 1500 tahun lalu, Yusuf al-Qaradhawiy]

Sunday, August 9, 2009

Family...

Masuk bulan ni.. dah ramai sahabat yang bertanya, “kenapa tak update blog?.. letih lagi ke?”… Waduh, sebab dan alasan pada hakikat kebenarannya ialah ‘TAKDE ALASAN’… =P.. alasan sibuk, malas, takde idea, semuanya tak boleh diterima…

Minggu yang lepas, ana mengikuti program ‘Family Day’ di Nur Lembah Lenggong, Kuala Kangsar… Apabila ana mendapat surat jemputan untuk pergi ke program tersebut, ana terus bertekad untuk pergi walaupun pada hari tersebut sepatutnya ada meeting yang penting yang wajib ana hadiri.. Tapi tekad ana tetap berkeras utuk menghadiri program dan meninggalkan meeting, sehingga ana sendiri tak pernah nampak bos ana begitu marah dengan ana.. Sedih :( .. Sedih bila kena marah… Tapi, itulah dugaan.. dugaan itu adalah keseronokan, cheer up kembali :)… pada malam hari jumaat sebelum bertolak ke program tersebut, ana dimaklumkan bahawa meeting tersebut batal.. Ana cuma tersenyum mendapat berita itu, dalam hati berkata “sia-sia je kena marah”..

Kerinduan dan perasaan ingin bertemu dengan akhwat Penang (USM) yang dulunya ana pernah bekerja dakwah bersama mereka sangat menebal.. Perasaan inilah yang mendorong ana bertekad untuk pergi jugak ke program tersebut, walaupun tahu bos pasti akan marah dan sudah pasti dalam rekod prestasi nanti ‘black list’… Tapi, alhamdulillah doa ana dimakbulkan, meting tersebut batal..

Dan, memang tidak rugi ana pergi program tersebut.. ana dapat melepaskan rindu dengan akhwat penang. Ana berpeluang melihat wajah yang dah lama ana tak melihatnya, dan serta merta ana mengungkapkan perasaan rindu… Hmmm, ada seorang akhwat balik awal pada petang sabtu, ana kata pada akhwat tersebut, ana tak puas melepaskan rindu.. pastu akhwat tu kata, ana ni romantic sangat.. Huh, romantic? Tak kisahlah.. mungkin jugak ana ni romantic.. Wah!!! Hehe.. ana jugak berpeluang mendengar cerita, berita dan masalah yang dihadapi oleh akhwat sekalian… serta dapat melihat pemandangan dan pengalaman yang indah daripada program… Kesimpulannya, ana boleh katakan Program Family Day ini berjaya..

Daripada hati ana berkata, ana takkan melafazkan rindu dan sayang jika ana tidak memaksudkannya.. Ana sungguh merindui antunna…

Namun, sejujurnya.. di sebalik kegembiraan, jauh dilubuk hati tetap terselit kesedihan.. kerana sekelompok lagi akhwat Penang (USM) yang jugak ana sangat rindui dan sayangi tidak menghadiri Program Family Day, disebabkan mereka tidak mengetahui tentang adanya program ini… Bukan menjadi harapan pada diri ini untuk menjumpai satu kelompok, dan tidak menjumpai kelompok yang lain.. atau menjumpai setiap kelompok pada waktu yang berbeza… Bagi diriku, antunna semua adalah family ana.. antunna semua adalah SATU family besar ana... Dan ana tidak sama sekali akan memilih salah satu atau membeza-bezakannya… kerana sekali lagi ingin ana menjelaskan, Bagi ana antunna adalah SATU family dan bukannya DUA, walaupun kelompok dan gerak kerja antunna berbeza..

Tapi apa yang lebih memedihkan hati ana… apabila beberapa orang yang berada dalam kelompok dakwah yang sama mengalami masalah ukhwah dan ingin memutuskan terus silaturrahim yang terjalin sebelum ini.. Tolong, carilah jalan penyelesaian.. buatlah sesuatu untuk memulihkan semula keadaan… Jika mereka yang berselisih tidak menyayangi ikatan persaudaraan yang terjalin sebelum ini, maka di sini ana ingin difahami, fahamilah perasaan ana yang tidak ingin melihat family ana hancur… Walaupun ana berada jauh di sini, pun tetap ana tak boleh untuk melihat dan berdiam diri sahaja atas apa yang berlaku di sana.. Sebab, sekali lagi, antum adalah family ana....

“Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahannam).” (13:25)

Jalan penyelesaian pasti ada. Sedangkan perselisihan yang berlaku pada dua kelompok yang berbeza pun ada penyelesaiannya, masakan masalah yang berlaku pada kelompok yang sama tak ada penyelesaian… Marilah, Doa, Usaha dan Tawakal… dan utamakan sikap Taqwa dalam menangani setiap masalah…

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (4:1)

Dan di dalam Al-Quran, Surah Ar-Ra’d (13): 19 – 22. Allah menjelaskan sikap orang yang berakal. Salah satunya ialah pada ayat ke-21, Allah berfirman:

dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (Yaitu mengadakan hubungan silaturahim dan tali persaudaraan), dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.” (13:21)

Wallahualam… Ana mohon maaf di atas segala kesilapan..

Saturday, April 4, 2009

Letih...


Letih…
Bila apa yang terjadi…
Tidak seperti apa yang diinginkan,
Tidak seperti apa yang diharapkan,
Tidak seperti apa yang dirancang…

Letih…
Bila suasana...
Jauh dari apa yang diinginkan,
Jauh dari apa yang diharapkan,
Jauh dari apa yang dirancang…

Letih…
Apabila mengetahui..
Tetapi tidak memahami,
Kenapa dan Mengapa?
Terasa ia tidak sepatutnya berlaku…

Letih…
Bila tidak mengerti,
Bagaimana harus meluahkan,
Bagaimana harus menyatakan,
Bagaimana harus disuarakan
Kerana segalanya,
Terasa begitu sukar…
Dan tetap Sang Suara itu,
Tersimpan rapi menjadi Suara Hati..

Sendiri…
Menjadi keliru,
Dengan langkah masa,
Kemana harus bertapak selepas ini…

Sungguh…
Tak ingin mata menjadi buta,
Tak ingin mata menjadi kabur,
Melihat cahaya yang menerangi alam…

Ya Rabb,
Hulurkanlah tangan-Mu,
Agarku bisa perpaut,
Bangun, berdiri dan berlari,
Agar kembali segala kekuatan,
Meniti hari esok yang belum pasti…
Ampunkanlah aku,
Jika pernah aku melupai-Mu…