Thursday, November 26, 2009

Tinggal Memori Terindah.



Syahdu rasa hati,

Belum lama tidak berjumpa,

Namun rindu tetap menerpa,

Kerna selepas ini mungkin tidak berjumpa,

Namun di ingatanku tetap tidak akan lupa..


Ku ingin menulis puisi terindah,

Buat anak-anak muridku yang tercinta,

Kerana memberiku pengalaman pertama,

Terima kasih buat mereka..


Sedangkan nabi tidak mampu menyamaratakan kasihnya,

Inikan pula diriku yang hina..


Bermula daripada murid kesayanganku,

Ikhwan namanya, dua belas tahun umurnya,

Tahun depan bergelar remajalah dirinya,

Kulitnya putih bercahaya sekali,

Sejuk melihatnya, sangat handsome dipandangan mata,

Orangnya bijak, taat sekali,

Tidak pernah melawan kata,

Murid perempuan kurang sikit dilayannya,

Malah pandai juga menjaga pandangan mata,

Kadang-kadang pemalu orangnya,

Namun confident sentiasa,

Bila ditanya, menjawab pastinya,

Tidak gentar untuk mara,

Malah menjadi imam solat jemaah selalunya..


Melihat kesempurnaan dirinya,

Diriku pula terasa risau padanya,

Tidak lama lagi dirinya bergelar remaja,

Mampukah dia mengekalkan dirinya,

Dalam menghadapi dunia pancaroba,

Kerana pastinya, dirinya menjadi kegilaan wanita..


Nasihat selalu ku berikan padanya,

Agar tidak terjebak dengan fitnah dunia,

Senaskah al-Quran terjemahan ku berikan padanya,

Sebagai hadiah pada hari kecemerlangannya,

Agar al-Quran menjadi panduannya,

Agar Allah sentiasa memandunya.


Namun pernah ibunya gelak sambil berkata,

Di rumah dia selalu buli adik-adik kecilnya,

Malah kadang-kadang abangnya,

Pendek kata dialah ketua,

Dialah gangster,

Ku terperanjat sambil tertawa,

Lalu ku terfikir satu perkara,

Biasalah tu manusia tiada yang sempurna..


Habis cerita tentang Ikhwan,

Kini ku ingin bercerita tentang Raimi,

Dua belas tahun juga umurnya,

Tapi seperti lima belas tahun kelihatannya,

Agak nakal, dan malas budaknya,

Suka mengacau murid-murid yang lain saja kerjanya,

Pernah sekali dipulaukan oleh rakan-rakannya,

Namun tidaklah keterlaluan nakalnya,

Buku sekolah sentiasa lupa nak bawa,

Kerja rumah? Tak payah nak kata,

Semua guru dilayan seperti kawannya,

Cuma Ustazah Yati yang garang paling dia tidak berani,

Homework Ustazah Yati beri, Hmmm siap sekali..


Namun, dialah anak kesayangan ibu dan ayahnya,

Maklumlah anak tunggal satu-satunya,

Kadang-kadang dia suka buat hal,

Sebab nak tarik perhatian guru,

Kerana dia jenis yang cepat cemburu,

Jika murid-murid lain dapat perhatian lebih daripada guru-guru.


Namun, bakat terpendam ada dalam dirinya,

Terserlah dalam lakonan,

Berjaya memegang watak utama dalam persembahan,

Menangis terharu penontot dibuatnya,

Kerana dia seorang yang berhati lembut pada hakikatnya,

Mempunyai cita-cita murni untuk menjadi tahfiz al-Quran,

Semoga Allah menunjukkan jalan,

Agar berjaya menjadi tahfiz terkenal dengan kesolehan.



Tentang Afiq tidak banyak ku ingin bercerita,

Dua belas tahun juga umurnya,

Selalu melarikan diri dari sekolah,

Berjalan jauh untuk balik ke rumah,

Oleh itu dia selalu ponteng sekolah..

Jika datang sekolah, asyik bermain sahaja kerjanya,

Sayang sekali, padahal bijak budaknya,

Kadang-kadang duduk menyendiri di bilik yang kosong dan gelap,

Pelik sekali sikapnya,

Sehingga ada yang percaya,

Dia berada di bawah pengaruh saka,

Entah apa-apa…


Muhammad Al-Fateh lain pula ceritanya,

Sebelas tahun sudah umurnya,

Suka bermain dan tersenyum ketika belajar,

Selalu hilang tumpuan ketika cikgu sedang mengajar,

Kerana itu dia selalu lupa apa yang diajar,

Sehingga cikgu hampir hilang sabar..

Sangat suka bercakap itulah dirinya,

Tidak pernah diam walaupun sedang bekerja,

Jika tidak bercakap, maka menyanyilah kerjanya,

Namun di situlah nampak kelebihannya,

Serak-serak basah, sedap juga suaranya,

Semoga kelebihan itu digunakan sebaiknya,

Tidak mungkin dia akan menjadi penyanyi rock dan balada,

Kerna dirinya lahir dalam keluarga yang mementingkan agama..


Muzhakkir nama diberi,

Nama yang indah sekali,

Seindah wajahnya yang comel dan manis sekali,

Menjadi perhatian dikalangan murid perempuan,

Pernah ditegur kerana bercinta,

Amboi.. baru sepuluh tahun sudah pandai bermain cinta..

Suka berangan-angan itulah hobi,

Ingin menjadi superhero pujaan ramai,

Menunjukkan gaya-gaya superhero setiap hari,

Siap dengan soundtrack keluar dari bibirnya.


Namun baik budaknya, tidak banyak buat masalah,

Agak lemah dan malas dalam pelajaran itu masalah,

Namun masa depannya masih cerah,

Bagi budak kecil yang hatinya masih cerah,

Tambahan pula bakatnya terserlah,

Dalam bidang lain selain pelajaran yang ia lemah..


Ku ingin bercerita pula tentang Zaid,

Sepuluh tahun umurnya,

Budaknya bijak, dan cepat dalam bekerja,

Namun asyik mengeluh juga,

Agak serius dan tegas orangnya,

Sesuailah dengan jawatan pengawas yang dipegangnya,

Jika murid-murid lain bising tidak dengar kata,

Habislah mereka dipukulnya,

Ada yang sampai mengangis olehnya,

Terserlah sekali sikap kepimpinan dalam dirinya..


Kisah Hilman pula ku bercerita,

Sepuluh tahun juga umurnya,

Badannya agak besar tapi manja,

Suka buat loyar buruk tak kisah dengan sesiapa,

Apa yang murid-murid lain tidak ada, dia ada,

Playstation, gameboy, laptop, handset touch screen, banyak lagi dia ada,

Kerana keluarganya berada,

Hingga murid-murid lain jealous padanya,

Walauapapun dia budak baik yang tidak suka buat perkara,

Dia budak yang bijak tapi asyik cuai sahaja kerjanya,

Hingga markah exam rendah jadinya.


Itulah antara kisah murid-muridku yang tercinta,

Jangan hairan kenapa ku bercerita tentang murid lelaki sahaja,

Murid perempuan bukannya tidak ada,

Tapi murid-murid kelasku semuanya lelaki belaka,

Mereka penyejuk hati penawar duka,

Pernah membuatku marah semestinya,

Namun mereka jugalah yang membuatku tertawa gembira,

Ku berdoa semoga menjadi insan berguna,

Pada negara, bangsa dan agama terutamanya..



Thursday, November 19, 2009

Sebuah Kisah

Ku teringat sebuah kisah.. Kisah ini di kisahkan oleh seorang pengisi program, di mana pengisi itu mengisi sebuah ceramah yang bertajuk ‘CINTA’..

Pengisi tersebut menceritakan tentang bagaimana dirinya boleh bernikah dalam usia yang masih muda, masih belajar, dan tidak punya wang, tambahan lagi si pengisi tersebut adalah seorang lelaki… Pada mulanya, of course seperti yang disangka, family nya tidak setuju dengan proposal pernikahannya. Namun, tanpa berputus asa, dia terus me’lobi’ keluarganya sambil dibantu oleh rakan-rakannya yang lain.. Alhamdulillah, mungkin memang sudah sampai jodohnya, keluarganya setuju setelah dia puas berusaha. Akhirnya tarikh pernikahan sudah pun diputuskan oleh kedua-dua buah keluarga.

Tapi, masalah tidak sampai di situ sahaja. Tarikh penetapan pernikahan yang telah dibincangkan oleh si pengisi bersama keluarganya sebelum ini telah ditangguhkan oleh ibunya yang tercinta.. Setelah itu, tangguh lagi… dan lagi…dan lagi… Sehingga si pengisi tersebut sudah hilang sabar dengan tindakan ibunya yang dirasakannya tidak wajar, tambahan lagi dia ingin menjaga hatinya agar tidak melakukan maksiat..

Dengan tidak semana-mana, si pengisi tersebut berkata kepada ibunya dengan nada yang tinggi dan agak kasar, menjelaskan bahawa dia ingin bernikah cepat untuk menjauhkan dirinya daripada melakukan maksiat dan mengelakkan dosa.. Hati seorang ibu terguris, lalu menangis.. lantas ibunya membalas dengan berkata, “kononnya kamu (si pengisi) ingin bernikah untuk menjauhkan dosa dan maksiat, tapi adakah dengan meninggikan suara dengan ibu sendiri itu tidak berdosa?”..

Tersentak si pengisi tadi dengan kata-kata ibunya.. berlinangan air matanya kerana sedar akan kesilapan.. Lantas, dia memohon ampun dengan mencium tangan ibunya yang tercinta.. berlakulah adegan tagis-menangis, itulah antara moment yang menghayat hati si pengisi tersebut.. Oleh kerana berlakunya adegan itu, hatinya si ibu mula lembut dan tidak lagi ingin menangguh-nagguhkan pernikahan anaknya..

Akhirnya, si pengisi dengan pasangannya selamat diijab kabul tanpa mengguris hati mana-mana pihak..

ingatlah, jangan kita melakukan sesuatu dosa kerana untuk mengelak melakukan dosa yang lain. Tapi, berusahalah mencari jalan penyelesaian yang terbaik agar tiada sebarang dosa yang dilakukan..

Sungguh manusia itu bersifat lemah, dan tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan.. Bersama-samalah kita memperbaiki diri sendiri.. Untuk diriku terutamanya..

Wallahualam……